Laporan perubatan merupakan maklumat pesakit yang dipohon bertujuan untuk tuntutan insuran, mahkamah, majikan, polis dan lain-lain yang disediakan oleh pegawai/pakar perubatan. Tanpa laporan tersebut, sesuatu tuntutan, perbicaraan tidak dapat dilaksanakan.
Terdapat 3 (tiga) jenis laporan perubatan yang biasa dipohon oleh pesakit/waris pesakit.
- Laporan Perubatan Biasa yang disediakan oleh Pegawai Perubatan
- Laporan Ringkas / Pendapat disediakan oleh Pakar Perubatan
- Laporan Perubatan Terperinci disediakan oleh Pakar Perubatan