Tempat Meletak Kenderaan

Kemudahan tempat letak kenderaan/parkir disediakan untuk orang awam.  Parkir awam berbayar terletak di Zon tempat letak kenderaan dalam premis HCTM.   Tempat parkir OKU disediakan berhampiran pintu masuk Lobi Pelawat. Adalah diingatkan bahawa pelawat boleh dikenakan denda sekiranya meletakkan kenderaan di kawasan yang menghalang laluan, meletakkan kenderaan di tapak parkir yang berdaftar dan di kawasan bukan parkir.

 

Kemudahan Mesin Perbankan (ATM)

Kemudahan mesin perbankan automatik (ATM) boleh didapati di dua lokasi berbeza itu di Kompleks Pendidikan Perubatan Canselor Tuanku Jaafar (hadapan Kafeteria Delima) dan di Lobi Pelawat.

  1. CIMB dan Bank Rakyat – Lobi Pelawat
  2. CIMB  – Kompleks Pendidikan Perubatan Canselor Tuanku Jaafar

Kafeteria

Kafeteria di HCTM yang menyediakan pelbagai juadah dan ruang makan yang selesa untuk awam dan kakitangan.

  1. Adam Cafe – Hadapan Blok Pendidikan, berhampiran Kecemasan
  2. Kafetaria (Pelbagai kiosk gerai makanan) – Berhampiran Lobi Pelawat

Perkhidmatan Fotokopi

Perkhidmatan ini disediakan untuk kemudahan orang awam bagi urusan pendaftaran. Perkhidmatan berada dalam Food Court, Aras G (berhampiran Lobi Pelawat).

Kedai Jualan

Kebanyakkan kedai jualan di HCTM terletak di Lobi Pelawat. Antara kedai jualan di HCTM ialah:-

  • UKM K-Health
  • Gloria Jeans Coffee
  • Hot & Roll
  • MyNews
  • Premium Gift
  • Makcik Kafe
  • Ecolife Medicare (Laluan ke Lobi Pelawat)
  • Starbucks (Dalam Kafeteria berhampiran Lobi Pelawat)

Pejabat Pos Mini

Kemudahan Pejabat Pos Mini terletak di dalam U-Mart 2 (bersebelahan Kecemasan). Urusan surat menyurat boleh dilakukan tanpa perlu keluar dari kawasan HCTM.

Rumah Ronald McDonald

Rumah ini menawarkan perkhidmatan penginapan kepada waris pesakit kanak-kanak yang kurang berkemampuan dengan kadar yang paling minima. Maklumat lanjut, sila layari https://rmhc-malaysia.my/rmh/

Valet

Kemudahan valet parking disediakan untuk pelawat. Lokasi kemudahan ini di hadapan Lobi Utama HCTM.

Teksi

Pengunjung atau pesakit yang tidak membawa kenderaan persendirian boleh mendapatkan khidmat teksi. Teksi boleh didapati di hadapan pintu utama HCTM.

Kedai Koperasi

Koperasi Universiti (UniKeb) menjual pelbagai barangan runcit bagi kemudahan kakitangan dan pelawat. Terdapat 2 koperasi di premis HCTM iaitu UNIKEB yang terletak di sebelah Jabatan Perubatan Kecemasan dan di laluan ke Lobi Pelawat.

Mesin Layan Diri (Vending Machine)

Mesin layan diri di hospital adalah mesin minuman, snek ringan dan barangan. Mesin ini boleh didapati di merata kawasan dalam dan luar bangunan HCTM. Antara lokasi mesin layan dir:

  1. Sebelah U-mart 2
  2. Kaki lima di Farmasi Utama
  3. Berdekatan Jabatan Perkhidmatan Kecemasan
  4. Ruang menunggu di ICU
  5. Kaki lima Obstetrik dan Ginekologi
  6. Lobi pelawat
  7. Kali lima wad-wad

Surau

Orang ramai yang berkunjung ke HCTM boleh mengerjakan ibadah solat di Surau Ibnu Sina yang terletak di Tingkat 1, Blok Klinikal. Surau ini juga mengadakan khutbah dan Solat Jumaat. Orang ramai digalakkan untuk hadir awal sekiranya ingin mengerjakan Solat Jumaat di sini.

Pos Keselamatan

Pos-pos keselamatan disetiap pintu masuk, klinik dan wad bagi memastikan keselamatan pesakit dan kakitangan bertugas. Sebarang kes atau masalah keselamatan boleh dirujuk terus kepada kakitangan keselamatan yang beruniform sebelum tindakan lanjut diambil.

Kiosk Jualan

Kiosk jualan dibuka di Lobi Utama HCTM dan Lobi Pelawat. Kiosk ini memberi peluang kepada peniaga untuk mempromosi perkhidmatan dan produk mereka kepada pelawat yang datang ke hospital. Pertanyaan lanjut mengenai kiosk jualan, sila rujuk Bahagian Penjanaan, Jabatan Kewangan ditalian 03-9145 7293.

Rumah perantaraan

Rumah perantaraan Sri Labuan disediakan dengan tujuan meringankan bebanan ahli keluarga pesakit dari luar Lembah Klang yang berulang alik menjaga rawat pesakit di HCTM.  Yuran penginapan adalah berpatutan dan pada kadar yang minimum. Pertanyaan lanjut mengenai perkhidmatan ini boleh rujuk Jabatan Kerja Sosial Perubatan.