19th Family Medicine Specialists Annual Scientific Conference 2016

15 Aug 2016

19th Family Medicine Specialists Annual Scientific Conference 2016  telah berlangsung di Hotel  Grand Dorsett, Subang dari 10hb-13hb Ogos 2016. Konferens ini merupakan persidangan saintifik tahunan yang dianjurkan oleh Persatuan Pakar Perubatan Keluarga Malaysia bersama Kementerian Kesihatan Malaysia . Pada tahun ini, sejumlah 25 abstrak prosiding  telah dihasilkan oleh warga JPK PPUKM  dalam pembentangan poster, manakala tiga pensyarah dari  telah dijemput sebagai pembentang  dalam simposium. Turut terlibat sebagai ahli jawatankuasa bagi persidangan tersebut ialah Dr. Hizlinda Tohid dan Dr. Teh Rohaila Jamil dari PPUKM.

Persidangan  ini telah dirasmikan oleh Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Malaysia, YBhg Datuk Dr. Noor Hisham bin Abdullah. Dalam ucapan beliau, Malaysia masih kekurangan seramai 3000 doktor pakar perubatan keluarga, untuk berkhidmat di semua fasiliti KKM . Ini bermakna setiap 1 daripada 4 Pakar Perubatan Keluarga berperluang unutk berkhidmat dengan KKM.

IMG_3810

IMG_3800

IMG_3811

IMG_3828

IMG_3797

IMG_3813

IMG_3804

IMG_3832-e1471230219112

IMG_3820

 

 

 

 

 

 

 

 

Search

+