Pengumuman Penutupan Pusat Perubatan Primer PPUKM, Bandar Tasik Selatan dan Perpindahan Perkhidmatan Rawatan Primer

9 Aug 2016

Klinik Pusat Perubatan Primer di Bandar Tasik Selatan kini telah ditutup pada 01/08/2016. Perkhidmatan rawatan primer telah berpindah ke lokasi klinik baru yang bernama Klinik Primer PPUKM Cheras yang bertempat di Bangunan Plaza Dwitasik, Bandar Tasik Permaisuri, Cheras Kuala Lumpur. Perkhidmatan rawatan primer yang sedia ada akan dihentikan sementara waktu untuk memudahkan proses perpindahan iaitu dari 01/08/2016 hingga 31/08/2016. Perkhidmatan rawatan primer dari lokasi baru akan beroperasi semula pada 01/09/2016

Sementara itu, bagi pesakit yang berulang boleh mendapatkan bekalan ubat tambahan menggunakan preskripsi lama dari Farmasi Utama di tingkat bawah (ground floor) Hospital PPUKM. Ubat akan dibekalkan untuk satu bulan atau sehingga temujanji yang baru diberikan. Pesakit dan ahli keluarga dinasihatkan mendapatkan tarikh temujanji baru bermula pada 5/9/16. Bagi perkhidmatan pengambilan darah sebelum temujanji, pesakit boleh mendapatkan perkhidmatan di Unit Flebotomi di tingkat bawah (ground floor) Hospital PPUKM. Sekiranya pesakit memerlukan rawatan lanjutan atau kecemasan, rawatan boleh didapati di mana-mana hospital atau klinik yang berhampiran seperti Klinik Kesihatan Bandar Tun Razak, Klinik Kesihatan Cheras dan Klinik Kesihatan Sungai Besi.

Alamat rasmi Klinik Primer PPUKM Cheras:

GROUND FLOOR, BLOCK C (TOWER BLOCK),PLAZA DWITASIK,

JALAN PERMAISURI 1, BANDAR SRI PERMAISURI,

56000 KUALA LUMPUR.

Kemudahan parking kereta berbayar secara bertingkat terdapat di bangunan yang sama.

Sebarang pertanyaan atau maklumat terkini tentang perkhidmatan rawatan primer,
sila hubungi talian 03-9145 5555 (PPUKM). Segala kesulitan amat dikesali.

Terima Kasih.

map
 

 

Search

+