Pameran dan Saringan Kesihatan sempena Minggu Kesihatan dan Derma Darah HSS Engineering Sdn.Bhd
Pameran dan Saringan Kesihatan sempena Minggu Kesihatan dan Derma Darah HSS Engineering Sdn.Bhd
Tempat: Lounge Area, HSS Engineering Sdn. Bhd, Plaza Dwi Tasik, Bandar Tasik Permaisuri,Cheras
TARIKH / MASA: 17 Mac 2016 (Selasa) / 9.00 pagi hingga 5.00 petang
ANJURAN
Kelab Sukan Dan Rekreasi HSS Engineering Intergrated Bersama
Unit Promosi Pendidikan Kesihatan Dan Penjanaan, Pusat Perubatan Primer, Bandar Tasik Selatan
DENGAN KERJASAMA
JabatanPerubatan Keluarga, Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM)
PENDAHULUAN / LATAR BELAKANG PROGRAM
Program saringan dan promosi kesihatan ini adalah merupakan satu program kerjasama strategik diantara pihak penyedia perkhimatan kesihatan iaitu HCTM dan syarikat swasta melalui perkongsian pintar yang merangkumi satu misi kearah mencakna serta melestarikan mutu perkhidmatan yang sentiasa berorientasikan dan berteraskan perkongsian pintar maklumat. Penglibatan ini adalah dalam bentuk pemindahan maklumat dan perkongsian kepakaran sistem penyampaian penjagaan kesihatanyang berfokuskan kepada kepuasan pelanggan amnya dan masyarakat penerima perkhidmatan khususnya. Program ini juga diharap dapat merencana satu perkongsian idea kepakaran dan pengetahuan yang melahirkan satu kualiti perkhimatan penjagaan kesihatan yang mampan serta berdaya saing. Dengan terzahirnya melalui program ini adalah selaras dengan objektif jabatan iaitu memberi perkhidmatan rawatan yang berkualiti berpandukan nilai-nilai kemanusiaan yang menitikberatkan aspek-aspek promotif, preventif, kuratif dan rehabilitatif. Melalui program ini, adalah diharap dapat diaplikasi pengetahuan dan skil yang diperolehi seterusnya disampaikan kepada masyarakat sekeliling pada akhirnya.
OBJEKTIF
- Mewujudkan kolabrasi penjagaan kesihatan diatara penyedia perkhidmatan kesihatan iaitu HCTM bersama NGO,syarikat swasta dan mewujudkan rangkaian penjagaan kesihatan dengan masyarakat sekitar.
- Mewujudkan rangkaian perkongsian dan pemindahan kepakaran melalui penjagaan kesihatan.
- Memperkasa penjanaan pendapatan selari dengan KRA 5 melalui perkongsian pintar.



