FORUM PERSEDIAAN PENJAGAAN PENYAKIT KRONIK “DIABETES MESRA IBADAH DI BULAN RAMADAN”

18 Jan 2016

Tarikh: 16 June 2015 (Sabtu) jam 3.00am – 5.00pm bertempat di Tingkat 3, Pusat Perubatan Primer, BTS .

 Program Komuniti dan khidmat masyarakat ini adalah merupakan satu program yang lebih menjurus ke arah memberi pendidikan dan pengkongsian pengetahuan serta kepakaran berkaitan penyakit diabetes, faktor pengalak, komplikasi serta pengetahuan dari sudut agama yang merangkumi amalan kebersihan, penyakit itu sendiri dan juga kerohanian.

Dengan terzahirnya forum ini diharap akan membina satu komuniti yang bijak dan berpengetahuan kearah mencakna pengurangan mobidi dan motaliti terhadap penyakit berkaitan.

Program ini juga adalah berteraskan pengkongsian kepakaran dan pengetahun berkaitan penjagaan kesihatan.Melalui program ini adalah selaras dengan objektif jabatan iaitu memberi perkhidmatan rawatan yang berkualiti berpandukan nilai-nilai kemanusiaan yang menitikberatkan kepuasan pelanggan dan merangkumi aspek-aspek promotif, preventif, kuratif dan rehabilitatif. Melalui program ini juga diharap, adalah pesakit dan waris dapat mengaplikasikan pengetahuan dan skil yang dipelajari dan disampaikan kepada ahli keluarga yang lain serta masyarakat sekeliling hendaknya.

 

Search

+