LAWATAN KERJA PEGAWAI KESIHATAN KEMENTERIAN KESIHATAN MONGOLIA KE UNIT KANAK-KANAK DAN REMAJA PUSAT PERUBATAN PRIMER PPUKM
Pada 28 September 2015, Unit Kanak-Kanak dan Remaja Pusat Perubatan Primer PPUKM telah menerima kunjungan delegasi dari Kementerian Kesihatan Mongolia seramai 6 orang.
Delegasi tersebut yang diketuai oleh Dr Gantuya Sengee, turut diiringi oleh Prof Madya Dr Aniza Ismail, pensyarah dan Pakar Perubatan Kesihatan Awam PPUKM yang bertindak sebagai koordinator lawatan ini.
Tujuan lawatan ini adalah untuk mempelajari tentang kesihatan remaja yang merangkumi perkhidmatan kesihatan remaja yang ditawarkan oleh Unit Kanak-Kanak dan Remaja di Pusat Perubatan Primer PPUKM.
Majlis dimulakan dengan penerangan mengenai Pusat Perubatan Primer PPUKM diikuti dengan penerangan mengenai Unit kanak-Kanak dan Remaja yang disampikan oleh Dr Ezura Madiana Md Monoto, Pensyarah dan Pakar Perubatan Keluarga yang terlibatdengan Unit Kanak-Kanak dan Remaja. Ini disusuli dengan sesi soaljawab serta jamuan ringan dan penyampaian cenderahati kepada pihak delegasi.
Diharapkan, program ini dapat menjadi titik kolaborasi di antara kedua-dua pihak pada masa akan datang.