PROGRAM KOMUNITI JABATAN PERUBATAN KELUARGA PPUKM BERSAMA KIWANIS DOWN SYNDROME FOUNDATION NATIONAL CENTRE (KDSFNC)
Tarikh : 21 mac 2015 (Sabtu) Tempat KL Bird Park Masa 8.30am & 16 Mei 2015 (Sabtu) Tempat Hari Sukan KDSFNC Masa: 8.30am
Selain bergiat aktif dalam program pembangunan akademik dan aktiviti dalam kampus, Jabatan Perubatan Keluarga PPUKM bersama-sama pelajar perubatan turut menyumbangkan bakti di dalam projek komuniti bersama Kiwanis Down Syndrome Foundation National Centre (KDSFNC).
Pada tahun ini, pihak kami telah terlibat sebagai sukarelawan di dalam sambutan World Down Syndrome Day di Kl bBird Park pada 21 mac 2015 serta Hari Sukan KDSFNC pada 16 mei 2015.
Seramai 14 pelajar perubatan Fakulti Perubatan UKM yang terdiri daripada Tahun 1 dan 2 menyertai sambutan World Down Syndrome day di KL Bird Park sebagai ‘buddy’ kepada kanak-kanak Sinddrom Down dan para pelajar ini dapat mendampingi dan mengenali kanak-kanak Sindrom Down berpeluang merasai pengalaman ‘inklusif’ iaitu bagaimana untuk menerapkan penglibatan ahli masyarakat yang mempunyai Sindrom Down dalam aktiviti seharian yang dilakukan oleh orang kebanyakan.
Bagi sambutan Hari Sukan KDSFNC pula, seramai 8 orang pelajar tahun 1 dan 2 dipilih menjadi sukarelawan dalam program kemasyarakatan ini.
program-program ini telah memberi pendedahan dan pengalaman kepada para pelajar perubatan untuk berinteraksi dengan kanak-kanak tersebut serta keluarga mereka. Pengalaman yang diperolehi dapat membantumereka menyebarkan amklumat yang tepat serta meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai keupayaan dan kebolehan individu yang mempunyaiSindrom Down serta mengenepikan segala stigma masyarakat terhadap golongan ini. Pihak KDSFNC dan ahli keluarga kanak-kanak ini turut berasa terharu dan berterima kasih di atas kesungguhan, kemesraan dan keikhlasan yang ditunjukkan oleh para pelajar perubatan dari Fakulti Perubatan UKM. Syabasdiucapkan kepada mereka yang telah menaikkan nama Fakulti Perubatan UKM dan Jabatan Perubatan Keluarga, Fakulti Perubatan UKM.