BENGKEL PERPINDAHAN DAN PEMANTAPAN SERVIS KLINIKAL KLINIK PRIMER PPUKM
Tarikh : 21 November 2015 (Sabtu) Masa: 8.30am – 1.00pm Tempat: Puri Pujangga UKM Bangi
Pada Sabtu 21 November 2015 yang lalu bertempat di Puri Pujangga UKM Bangi, Jabatan Perubatan Keluarga dan Unit Klinikal Pusat Perubatan Primer PPUKM telah mengadakan satu bengkel persediaan menghadapi proses perpindahan Pusat Peruabtan Primer PPUKM ke premis yang baru di Plaza Dwitasik Bandar Sri Permaisuri pada tahun 2016 nanti yang turut diberi nama baru iaitu Kliinik Primer PPUKM
Program ini Bertujuan untuk memberikan penerangan terperinci kepada kakitangan yang terlibat dalam operasi klinik, membuat rancangan perpindahan serta mendapatkan cadangan penambahbaikan pelaksanaan servis di klinik baru nanti.
Ia dihadiri oleh 20 orang peserta yang terdiri daripada wakil klinik, unit, pentadbir, pensyarah dan doktor di Pusat Perubatan Primer, PPUKM
Bengkel dimulakan dengan kata alu-aluan ketua Jabatan Perubatan Keluarga, Prof Madya Dr Aznida Firzah, diikuti dengan penerangan Visi, Misi dan Polisi Klinik Primer PPUKM oleh Prof Dr Tong Seng Fah. Seterusnya Dr Mohd Fairuz Ali menyampaikan slot beliau mengenai Pelan lantai dan fasiliti di Klinik Primer PPUKM dan diikuti dengan pembentangan oleh wakil-wakil unit mengenai rancangan perpindahan unit ke premis baru. Akhir sekali rumusan dan perbincangan mengenai rancangan dan perpindahan telah dibincangkan dan dikendalikan oleh Prof Madya Dr Leelavathi a/p Muthupalaniappen. Program tamat pada jam 1.00 tengahari disusuli jamuan makan tengahari.
Program ini telah membuka ruang kepada para kakitangan untuk berbincag dan mendapatkan maklumat lanjut mengnai proses perpindahan Pusat Peruabtan Primer PPUKM ke premis baru.
Diharapkan, setiap langkah yang dirancang dapat dilaksanakan dengan baik ketika perpindahan ke premis baru kelak.
