“HIDUP SELEPAS STROK: PEMULIHAN BERSAMA”
Program Pendidikan Pesakit Strok Dan Penjaga “Hidup Selepas Strok: Pemulihan Bersama” telah berjaya dilaksanakan pada 14 Jun 2026 bertempat di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) PA Seri Sabah 3A.
Program anjuran bersama Jabatan Perubatan Keluarga HCTM dan Jabatan Perkhidmatan Pemulihan Perubatan HCTM ini dihadiri oleh 50 orang peserta yang merangkumi pesakit strok, penjaga, serta petugas kesihatan. Program ini diterajui oleh Dr Zuraini Binti Ahmad , Pakar Perubatan Keluarga yang kini sedang melanjutkan pengajian dalam Fellowship in Community Stroke.
Inisiatif ini bertujuan meningkatkan pengetahuan, kemahiran, dan keyakinan penjaga dalam menguruskan pesakit di rumah secara selamat menerusi tiga pengisian utama:
- Sesi Senaman: “Gerakkan Tubuh, Kekuatan Pulih: Aktiviti Senaman Selepas Strok”.
- Ceramah 1: “Pulang Dari Hospital: Apa Yang Penjaga Perlu Tahu?” yang memfokuskan kepada rawatan dan penjagaan selepas discaj.
- Ceramah 2: “Jangan Duduk Sahaja di Rumah: Peranan Terapi Carakerja dalam Penjagaan Strok di Rumah”.
Melalui program ini, kualiti penjagaan pesakit di rumah dapat dipertingkatkan demi menggalakkan pemulihan optimum, mengurangkan komplikasi serta kemasukan semula ke hospital, sekaligus meningkatkan kualiti hidup pesakit dan penjaga.




