Majlis Perhimpunan Kakitangan Klinik Primer HCTM Bil 4/2025

19 Dec 2025

Majlis Perhimpunan Kakitangan Klinik Primer HCTM Bil 4/2025 telah berlangsung pada 5 Disember 2025, bertempat di Bilik Tutorial Klinik Primer dari 8.00 pagi hingga 9.00 pagi. Majlis ini telah diterajui oleh Unit Kejururawatan. Majlis dimulakan dengan bacaan surah Al-Fatihah, lagu Negaraku dan Varsiti Kita. Perhimpunan bulanan ini berlangsung dalam suasana sederhana dan berkonsepkan klasik, selaras dengan usaha memupuk nilai kebersamaan, kesantunan serta semangat kekeluargaan dalam kalangan warga kerja Klinik Primer HCTM.

Ketua dan Timbalan Jabatan Perubatan Keluarga mengalu-alukan kehadiran semua kakitangan serta merakamkan penghargaan kepada Unit Jabatan Perkhidmatan Kejururawatan atas kerjasama dalam penganjuran perhimpunan kali ini. Ucapan tahniah turut diberikan kepada warga Jabatan Perubatan Keluarga dan Klinik Primer HCTM atas kejayaan memenangi Anugerah Bitara Bahagian Klinikal.

Penyelaras Klinik Primer HCTM, Dr. Rahmah Kamaludin, telah menyampaikan beberapa makluman penting termasuk lantikan baharu Ahli Lembaga Pengurusan Universiti (LPU), pencapaian tahap kepuasan pelanggan melebihi 94% bagi tahun 2025, serta persediaan Audit MSQH dan Audit Kewangan yang dijadualkan pada Januari 2026. Turut dimaklumkan perancangan bacaan Yasin dan Tahlil sempena sambutan tahun baharu.

Perhimpunan ini turut memaklumkan penganjuran Majlis Persaraan PPK Samsiah Abd Rahman pada 23 Disember 2025. Majlis berakhir pada jam 9.00 pagi dan diakhiri dengan jamuan pagi kepada semua kakitangan.

 

 

Search

+