Bengkel Pemantapan Kakitangan Klinik Primer dan Jabatan Perubatan Keluarga HCTM UKM 2025
Bengkel Pemantapan Kakitangan Klinik Primer HCTM dan Jabatan Perubatan Keluarga UKM/ HCTM 2025 telah berlangsung dengan jayanya selama dua hari satu malam pada 22–23 November 2025 bertempat di Impian Rimba Resort, Hulu Langat. Program ini juga dikenali dengan singkatan Program Sanggar Kerja telah berjaya dilaksanakan setahun sekali dengan objektif umumnya adalah bagi mengukuhkan semangat berpasukan, meningkatkan komunikasi, serta menggalakkan budaya kerja kolaboratif dalam suasana santai dan interaktif.
Kehadiran peserta adalah sangat menggalakkan iaitu seramai 59 peserta daripada pelbagai unit penjawatan yang bersama-sama di bawah naungan Klinik Primer HCTM dan Jabatan Perubatan Keluarga. Antara aktiviti program ialah Menandatangani Perjanjian Sukan Ala Perjanjian Tanah Melayu, Kuiz Interaktif, Aktiviti berkumpulan, Pertandingan Persembahan, aktiviti Kampung Musang Berjanggut, Kelim Karipap dan Wau.
Secara keseluruhan, program ini berjaya mengeratkan silaturahim antara staf, menggalakkan suasana kerja positif serta memupuk semangat kekitaan yang lebih kukuh demi kecemerlangan perkhidmatan klinik.








