Tahniah – Klinik Primer HCTM

19 Dec 2025

Majlis Anugerah Bitara dan Inspirasi Kualiti Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) telah berlangsung dengan penuh meriah pada 13 November 2025 (Khamis) bertempat di Auditorium Kompleks Pendidikan Perubatan Canselor Tuanku Ja’afar, HCTM. Ucapan telah disampaikan oleh YBhg. Dato’ Dr. Azmi Baharudin, Pengarah HCTM. Majlis ini merupakan kemuncak sambutan Hari Kualiti HCTM 2025, yang bertujuan mengiktiraf individu
serta pasukan cemerlang dalam pelbagai bidang berkaitan kualiti.

Anugerah Bitara yang disampaikan dalam majlis ini memberikan pengiktirafan kepada Pusat Perkhidmatan HCTM dengan mengambil kira pencapaian prestasi berkualiti yang berfokuskan kepada budaya kerja cemerlang, persekitaran pekerjaan yang kondusif, penyerlahan bakat, jaringan strategik berimpak tinggi, dan kelestarian
kewangan.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada Klinik Primer HCTM di atas Anugerah Bitara Kelestarian Kategori PTJ -Klinikal. Anugerah telah diterima oleh Dr Afaaf Binti
Esa selaku wakil Klinik Primer HCTM. Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin kepada usaha berterusan dalam memperkukuh budaya kecemerlangan serta meningkatkan kualiti perkhidmatan di HCTM.

Search

+