Majlis Perhimpunan Bulanan Klinik Primer HCTM Bil 3/2025
Majlis Perhimpunan Bulanan Klinik Primer HCTM Bil 3/2025
KLINIK PRIMER HCTM / JABATAN PERUBATAN KELUARGA UKM / HCTM
TARIKH : 26 SEPTEMBER 2025 (JUMAAT)
TEMPAT : BILIK TUTORIAL KLINIK PRIMER HCTM
TEMA : SAMBUTAN BULAN KEBANGSAAN 2025
Majlis Perhimpunan Kakitangan Klinik Primer HCTM Bil 3/2025 telah berlangsung pada 26 September 2025, bertempat di Bilik Tutorial Klinik Primer dari pukul 8.00 pagi hingga 9.00 pagi. Majlis ini telah diterajui oleh Unit Perkeranian dan Unit Penolong Pegawai Tadbir. Majlis dimulakan dengan bacaan surah Al-Fatihah, lagu Negaraku dan Varsiti Kita
Ucapan alu-aluan telah diberikan oleh Ketua Jabatan Perubatan Keluarga, Prof Madya Dr Saharuddin Ahmad menzahirkan penghargaan kepada semua kakitangan atas kerjasama berterusan serta menegaskan pentingnya komitmen dan disiplin dalam menjalankan tugas demi mencapai kecemerlangan klinik. Beliau juga menyeru semua kakitangan untuk sentiasa bersedia menghadapi perubahan dan cabaran, khususnya dalam projek pemeriksaan kesihatan berbayar yang sedang dalam perbincangan.
Seterusnya , majlis diteruskan dengan ucapan oleh Penyelaras Klinik Primer HCTM, Dr Rahmah Kamaludin. Beberapa perkara penting yang dimaklumkan termasuk:
- Program Pemantapan Perkhidmatan Kakitangan 2025 pada 22 hingga 23 November 2025 bertempat di Impian Rimba Resort, Hulu Langat Selangor
- Program Komuniti Orang Asli yang akan berlangsung pada 25 Oktober 2025 di Ulu Yam , Selangor
- Pelaksanaan Waktu Kerja Fleksi yang tidak akan digunapakai di Klinik Primer, operasi berjalan seperti biasa 8.00 pagi – 5.00 petang
- Isu keselamatan berkaitan sistem penggera kebakaran dan penekanan kepada prosedur kecemasan yang perlu dipatuhi
Majlis diakhiri dengan sesi soal jawab dan jamuan sarapan pagi untuk semua kakitangan.






