Tahniah Kepada Jabatan Perubatan Keluarga, HCTM

20 Aug 2025

Majlis Anugerah Sanjungan Kencana ke-6 Tahun 2025, Fakulti Perubatan UKM telah berlangsung pada 24 Julai 2025 di Zenith Hotel Putrajaya, bagi menghargai kecemerlangan kakitangan, pelajar dan alumni dalam bidang akademik, penyelidikan, perkhidmatan serta sumbangan masyarakat.

Tahniah diucapkan kepada Jabatan Perubatan Keluarga, HCTM atas kejayaan menjadi pemenang kepada Anugerah Webinar Kemasyarakatan Terbaik menerusi ‘Forum Penjagaan Diabetes di Bulan Ramadhan dan Syawal’ yang telah diadakan pada 29 Mac 2024.

Sijil anugerah tersebut telah diterima oleh Prof Madya Dr Saharuddin Bin Ahmad selaku wakil dan Ketua Jabatan Perubatan Keluarga di majlis tersebut. Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi untuk terus memberi manfaat kepada masyarakat melalui ilmu dan khidmat kesihatan.

Search

+