LAPORAN RINGKAS BENGKEL KESELAMATAN KEBAKARAN KLINIK PRIMER HCTM

22 Jul 2025

Pada 20 Jun 2025, Klinik Primer HCTM telah mengadakan Bengkel Keselamatan Kebakaran Bilangan 1/2025 yang dikendalikan oleh Bahagian Keselamatan, Kampus Kuala Lumpur. Program bermula pada pukul 8.00 pagi di Dewan Serbaguna 1, Blok Bangunan Tambahan dan diteruskan pada sebelah petang di Dataran Dewan IPG.

Bengkel ini bertujuan meningkatkan kesedaran dan kemahiran staf dalam menghadapi situasi kecemasan kebakaran serta memenuhi keperluan MSQH. Ceramah utama disampaikan oleh Encik Mohamad Suffize Bin Majid dari Bahagian Keselamatan, yang memberi penerangan tentang jenis-jenis kebakaran, langkah pencegahan, serta penggunaan alat pemadam api dengan betul.

Selain ceramah, peserta seramai 46 orang turut menjalani latihan praktikal penggunaan alat pemadam api. Latihan ini memberi peluang kepada peserta menguji kesiapsiagaan mereka secara langsung.

Bengkel ini berjaya meningkatkan tahap kesedaran keselamatan dan kecekapan staf Klinik Primer HCTM dalam pengurusan kebakaran. Program ini juga menepati standard MSQH dan disarankan agar latihan seperti ini diadakan secara berkala untuk memastikan keselamatan yang berterusan.

Program ini juga akan dilaksanakan untuk bilangan 2/2025 pada 18 Julai 2025 ini.

Search

+