Laporan Ringkas Penyertaan Staf UKM dalam 10th Asia Pacific Primary Care Research Conference (APPCRC) 2025
Tarikh: 19–21 Jun 2025
Tempat: Academia, Singapore General Hospital (SGH) Campus, Singapura
Anjuran: National University Health System (NUHS), Singapore dengan kerjasama Asia Pacific Primary Care Research Network (APPCRN)
10th Asia Pacific Primary Care Research Conference (APPCRC) 2025 merupakan platform penyelidikan tahunan yang menghimpunkan pakar akademik, pengamal perubatan, dan penyelidik dalam penjagaan primer dari seluruh Asia Pasifik dengan bertemakan “Advancing Health through Innovation & AI”.
Jabatan Perubatan Keluarga UKM telah berjaya melibatkan diri dalam program ini. Dua Pensyarah Pakar Perubatan Keluarga UKM dan dua Pascasiswazah Tahun Keempat Perubatan Keluarga telah menyertai program ini. Mereka terlibat secara langsung sebagai penilai dan juga peserta untuk Poster dan Oral Presentation. Berikut adalah tajuk yang dibentangkan oleh mereka :
- a) Dr Nur Athirah Abd Rasid (Pelajar Pascasiswazah Perubatan Keluarga)
Tajuk: Parents Readiness for Interventional Study Using Parent-Adolescent Communication on Sexual and Reproductive Health Module Named Bicara Kasih: A Feasibility Study
Jenis Pembentangan: Poster dan Oral
Kajian ini menilai tahap kesediaan ibu bapa untuk menyertai kajian intervensi menggunakan modul komunikasi ibu bapa-remaja berkaitan kesihatan seksual dan reproduktif, iaitu Bicara Kasih. Ia memberi fokus kepada kelayakan pelaksanaan intervensi di peringkat komuniti, khususnya dalam persekitaran budaya konservatif. Kajian ini memberi asas kukuh kepada pembangunan program pendidikan keluarga di klinik primer.
- b) Dr Loo Say Yee (Pensyarah Pakar Perubatan Keluarga)
Tajuk: The Role of Parents, Peers, and Social Media in Shaping Healthy Eating Knowledge among Adolescents in Malaysia
Jenis Pembentangan: Poster
Kajian ini meneroka pengaruh ibu bapa, rakan sebaya dan media sosial dalam membentuk pengetahuan pemakanan sihat dalam kalangan remaja Malaysia. Hasilnya menyokong pendekatan intervensi bersepadu yang melibatkan keluarga dan media sebagai ejen pendidikan kesihatan yang berkesan di peringkat remaja.
- c) Dr Khabijat-ul-Kurba Binti Hashim (Pelajar Pascasiswazah Perubatan Keluarga)
Tajuk: Adherence to Postpartum OGTT: Its Relationship with Sociodemographic, Clinical Characteristics, and Diabetes Risk Perception among GDM Mothers in Primary Clinics
Jenis Pembentangan: Poster
Kajian ini meneliti tahap pematuhan ibu-ibu GDM terhadap ujian OGTT selepas bersalin serta kaitannya dengan faktor sosiodemografi, klinikal dan persepsi risiko diabetes. Penemuan menunjukkan keperluan memperkukuh pendidikan kesihatan postpartum untuk meningkatkan pengesanan awal risiko diabetes jenis 2 dalam komuniti.
Penyertaan staf UKM dalam APPCRC 2025 menunjukkan komitmen berterusan institusi dalam penyelidikan penjagaan primer dan kesihatan awam. Selain daripada pembentangan, Prof. Dr. Noor Azimah Mohd Noor turut terlibat dalam jawatankuasa penganjur serta panel penilai (juror), menunjukkan peranan aktif UKM bukan hanya sebagai peserta tetapi juga dalam kepimpinan akademik di peringkat antarabangsa.
Penyertaan APPCRC 2025 memperkukuh jaringan penyelidikan UKM bersama institusi serantau, membuka ruang kerjasama lanjut dalam bidang kesihatan primer, serta memberi pendedahan penting kepada penyelidik muda.

