MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI KELAB KOMUNITI RAKAN STROK KLINIK PRIMER HCTM (KEKASIH)

6 May 2025

Tarikh : 27 April 2025
Masa : 11.00 pagi – 2.00 petang
Tempat : Bilik Teratai, Bangi Golf Resort

Pada 27 April 2025 lalu, Kelab Komuniti Rakan Strok (KEKASIH) dengan kerjasama Klinik Lanjutan Strok Klinik Primer HCTM telah menganjurkan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri di Bangi Club House Resort. Sambutan ini bukan sekadar meraikan lebaran, tetapi menjadi ruang bermakna untuk pesakit strok, penjaga dan petugas kesihatan mengeratkan silaturahim dan berkongsi semangat kekitaan dalam ahli kelab. Majlis dimulakan dengan bacaan doa dan ucapan dari Pengerusi Kelab KEKASIH, Puan Zainab Binti Hassan serta daripada Pakar Perubatan Keluarga HCTM Prof Madya Dr Mohd Fairuz Bin Ali.

Seterusnya , majlis diserikan dengan pelbagai aktiviti menarik seperti :
�� Ceramah kesihatan mental oleh Pelatih Psikologis Klinikal , Cik Izzah
�� Permainan teka lagu raya
�� Aktiviti uji minda & “cawan beracun”
�� Cabutan bertuah & duit raya!

Dengan kehadiran seramai 51 peserta yang terdiri daripada pesakit strok, waris serta kakitangan Klinik Primer HCTM, suasana penuh keceriaan, kasih sayang dan sokongan menjadikan majlis ini satu kenangan indah buat komuniti strok. Majlis seperti ini bukan sahaja memberi peluang untuk merapatkan silaturrahim malah dapat memberikan motivasi dan inspirasi kepada pesakit untuk meneruskan pemulihan serta menjadikan Klinik Primer HCTM sebagai institusi yang prihatin dan aktif dalam menyokong kesejahteraan rakyat.

 

Search

+