Program Penjagaan Kencing Manis Dalam Bulan Ramadhan & Syawal
Tarikh: 17 Januari 2025
Masa: 9 pagi – 1200 tengahhari
Tempat: Bilik tutorial, Klinik Primer, HCTM
Pada 17 Januari 2025 yang lepas, Program Penjagaan Kencing Manis Dalam Bulan Ramadhan Dan Syawal telah di jalankan di Klinik Primer. Program ini adalah anjuran Klinik Lanjutan Kencin Manis dan bertujuan bagi mempersiapkan ilmu untuk pesakit kencing manis dalam usaha untuk mendapatkan keseimbangan kesihatan yang terbaik dalam beribadah.
Bulan Ramadhan merupakan bulan yang mencabar untuk mereka yang mempunyai penyakit kencing manis . Beberapa komplikasi antaranya hypoglycemia, diabetic ketoacidosis, serangan strok dan lemah jantung. Ada juga di antara mereka yang sebenarnya tidak digalakkan untuk berpuasa dan dikecualikan daripada menunaikan ibadah berpuasa atas faktor kesihatan yang tidak menentu.
Pihak Klinik Lanjutan Kencing Manis mengadakan program komuniti bagi menyampaikan maklumat tentang cara kawalan gula , cara pengambilan ubat-ubatan serta memberi pendedahan tentang individu yang tidak digalakkan untuk berpuasa.
Selain daripada itu, pendedahan maklumat mengenai cabaran semasa bulan Syawal yang sentiasa dikaitkan dengan aktiviti saling menziarahi sanak saudara dan dijamu dengan pelbagai jenis hidangan Malaysia yang sinonimnya dikaitkan dengan lemang , ketupat , rending yang mengandungi lemak dan karbohidrat yang tinggi.
Ilmu penyesuaian pemakanan dan kuantiti yang boleh diambil sangat penting bagi memastikan tahap kencing manis mereka sentiasa berada dalam tahap terkawal.
Ahli-ahli panel yang terlibat adalah:
1. Dr. Afaaf Esa (Pakar Perubatan Keluarga)
2. Encik Hasrizal Bin Hasan (Pegawai Hal Ehwal Islam Kampus Kuala Lumpur)
3. Encik Abdul Rahman Bin Abd Kadir (Pegawai Dietetik , Jabatan Dietetik , HCTM)
Jumlah peserta yang terlibat adalah seramai 15 peserta. Program dimeriahkan lagi dengan kehadiran kakitangan Klinik Primer HCTM seramai 12 orang. Akhirnya, program disudahi dengan sesi kuiz Ramadhan yang dikendalikan secara interaktif bersama peserta yang hadir.





