Tahniah – Dr. Zuhra Hamzah & Prof. Madya Dr. Saharuddin Ahmad dan pasukan pelajar

11 Oct 2024

Tahniah di ucapkan kepada Dr. Zuhra Hamzah & Prof. Madya Dr. Saharuddin Ahmad dari Jabatan Perubatan Keluarga dan pasukan mereka terdiri dari pelajar perubatan Nurul Aliya Amani, Mohd Ariff & Kan Yie Jie kerana berjaya memenangi tempat pertama perbentangan E-poster di  Medical Undergraduate Annual Scientific Research Meeting (MUASRM).

MUASRM merupakan acara tahunan iaitu pembentangan Projek Penyelidikan oleh pelajar perubatan setelah setahun mereka menjalankan penyelidikan di bawah modul Special Study Module (SSM). Tahun ini merupakan tahun ke-16 MUASRM telah berlangsung pada 10 Oktober 24 di Fakulti Perubatan UKM, Cheras. Tiga trek dipertandingkan iaitu trek “laboratory, Clinical & Community based”. Seramai 38 kumpulan dari UKM dan peserta dari luar UKM iaitu UNISMA Indonesia, USM dan MAHSA.

Search

+