Continuing Medical Education (CME)
Continuing Medical Education (CME) diadakan di Klinik Primer HCTM pada setiap hariIsnin hingga Jumaat, bermula dari jam 8 pagi hingga 9 pagi, dalam format hybrid. Jadual CME dikendalikan oleh Pakar Perubatan Keluarga dari Unit Latihan di Jabatan Perubatan Keluarga, dengan pengisian yang berbeza setiap hari.
CME ini menyediakan peluang untuk pembangunan profesional yang berterusan, yang sangat penting dalam kerjaya perubatan yang dinamik. Ia bertujuan untuk memperbaharui pengetahuan perubatan agar semua pegawai perubatan sentiasa up-to-date, serta membantu persediaan pascasiswazah dalam menghadapi peperiksaan mereka. Selain itu, CME ini juga bertujuan untuk meningkatkan kemahiran klinikal dengan mempelajari teknik, prosedur, dan pendekatan rawatan terkini serta meningkatkan kemahiran komunikasi dalam kemahiran klinikal.
Perbentangan CME dilakukan oleh Pegawai Perubatan Servis, Pascasiswazah, dan Pakar Perubatan Keluarga secara bergilir-gilir mengikut jadual yang disediakan. Kami juga berbesar hati menerima CME dari pakar-pakar perubatan lain, sama ada dari Hospital Tuanku Muhriz atau dari luar.
