Program Majlis Graduasi Program Fellowship Jabatan Perubatan Keluarga
Jabatan Perubatan Keluarga mempunyai dua program Felo Klinikal, iaitu Felo Komuniti Strok dan Felo Kesihatan Remaja semenjak tahun 2021 lagi. Program-program ini telah melahirkan pakar-pakar perubatan keluarga yang mempunyai kepakaran dalam bidang perkhidmatan strok lanjutan komuniti & kesihatan dan perawatan remaja komuniti.
Fokus utama majlis ini adalah bagi meraikan empat orang Pakar Perubatan Keluarga yang telah menamatkan latihan mereka dalam program Fellowship ini. Mereka adalah;
– Felo Strok Komuniti UKM
Dr. Tay Chai Li, Dr. Norhaslinda Ishak
Dr. Afiza Hanum Ahmad
– Felo Kesihatan Remaja UKM
Dr. Nik Suhaila Zakaria







