Program Klinik Bergerak dan Kesedaran Kebersihan Bersama Masyarakat Orang Asli

22 Nov 2023

Program Klinik Bergerak dan Kesedaran Kebersihan Bersama Masyarakat Orang Asli anjuran Jabatan Perubatan Keluarga Fakulti Perubatan/Hospital Canselor Tuanku Muhriz telah diadakan pada 28 Oktober 2023 di Kampung Orang Asli Sungai Gabai,Hulu Langat. Program diadakan dengan  kerjasama Malaysian Relief Agency (MRA).

Program yang dianjurkan adalah kesinambungan  program yang telah berjaya diadakan sebelum ini sempena menghormati bulan ramadhan al mubarak. Program yang dilaksana ini adalah untuk memupuk semangat kerjasama dan keperdulian dikalangan kakitangan bagi memastikan semua urusan berjalan lancar. Secara tidak langsung dapat memupuk nilai-nilai positif kepada kakitangan dan masyarakat setempat.

Program seperti ini juga dapat meningkatkan semangat saling bersama dikalangan kakitangan. Ia juga mengeratkan lagi semangat bermasyarakat diantara semua warga KPPC, Jabatan Perubatan keluarga bersama masyarakat setempat Klinik Primer PPUKM Cheras. Antara aktiviti yang dijalankan ialah Pemeriksaan kesihatan/Klinik Bergerak, sesi Kesedaran kesihatan mulut/Tatacara memberus gigi yang betul, Sesi Perkongsian Kesedaran Penjagaan Kebersihan diri dan pemakanan yang sihat, dan sesi Gotong Royong Membersihkan Surau/Pusat mengajar.

 

 

Search

+