Sambutan Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2023 Kelab Komuniti Rakan Strok( KEKASIH) & KPPC

3 Oct 2023

Sambutan Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2023 Kelab Komuniti Rakan Strok( KEKASIH) &  KPPC telah diadakan pada 23 September 2023 (Sabtu Tengahari) jam 8.00 pagi-12.00 tengahari di Rumah Ronald McDonald HCTM. Program ini merupakan anjuran bersama Komuniti Ahli Strok Impikan Harapan (Kelab Kekasih). Seramai 57 orang peserta telah menyertai program ini yang terdiri daripada Pesakit strok serta waris, Kakitangan KPPC serta waris, dan kakitangan Rumah Ronal McDonald HCTM.  Penganjuran program diadakan dengan tujuan memberi rasa keyakinan diri ahli-ahli yang tidak disisihkan dalam kelompok komuniti yang serba kekurangan dari segi mental dan fizikal berpeluang meraikan sempena bulan Kemerdekan dan Sambutan Hari Kebangsaan, sebagai titik tolak jati diri dan semangat juang ahli-ahli agar terus beraktiviti dalam menjaga siratul rahim dan kesihatan diri dalam komuniti, menyemarakkan lagi semangat dan kekuatan diri dan sokongan ahli keluarga serta komuniti pada golongan yang serba kekurangan selepas mengharungi detik-detik dan penderitaan sebagai pesakit yang telah pulih, serta semangat patriotik yang didedahkan dalam menghayati suasana sambutan dapat memberi impak
kekuatan minda dan pemulihan kesihatan peserta dalam mengharungi kehidupan seharian.

 

Search

+