KURSUS ASAS HAYAT (BLS)

3 Oct 2023

KURSUS ASAS HAYAT (BLS) ini bertujuan meningkatkan tahap kemahiran dalam pengendalian kes-kes kecemasandan kursus ini penting untuk memastikan kakitangan klinikal dan separa klinikal mengetahui cara yang betul dan tepat dalam memberi bantuan pemulihan kardiorespiratori dan teknik asas bantuan asas hayat (BLS). Kursus ini dijalanmkan pada 2 Oktober 2023 dengan kerjasama Jab. Perubatan Kecemasan. Seramai 24 peserta peserta menyertai kursus ini.

“Basic Life Support” (BLS) atau bantuan asas hayat adalah suatu bentuk rawatan kecemasan awal melalui kaedah “Cardio-Pulmonary Resuscitation” (CPR) bagi membantu mangsa apabila denyutan jantung terhenti secara tiba-tiba. Mangsa akan mengalami gejala seperti tidak sedarkan diri, terjatuh, berhenti bernafas dan tiada nadi. Punca utama bagi orang dewasa mengalami jantung terhenti secara tiba-tiba adalah serangan jantung. BLS perlu diadakan sejurus selepas pesakit didapati tiada denyutan jantung bagi meningkatkan peluang mangsa untuk diselamatkan sementara menunggu bantuan kecemasan tiba di tempat kejadian. BLS dapat menolong mangsa dengan membantu mengalirkan darah ke otak. Konsep DRCAB, atau “Danger”, “Response”, “Compression”, “Airway”, dan “Breathing” adalah penting dan diimplemenkan ke dalam BLS. Diharapkan kursus BLS dapat meningkatkan tahap kemahiran dalam pengendalian kes-kes kecemasan yang mendatang.

 

 

 

Search

+