PERHIMPUNAN BULANAN KLINIK PRIMER HCTM
Majlis Perhimpunan Bulanan Klinik Primer HCTM telah diadakan pada 11 Ogos 2023 di Bilik Tutorial. Perhimpunan dimulakan dengan bacaan doa, nyanyian lagu Negaraku, Varsiti Kita dan Jalur Gemilang seterusnya kata-kata aluan oleh Ketua Jabatan Perubatan Keluarga; Prof Madya Dr Saharuddin Ahmad.
“Bersangka baik terhadap semua” adalah kata-kata nasihat yang ditekankan ketika penyampaian beliau. Informasi terkini mengenai Klinik Primer telah disampaikan oleh Dr. Rahmah Kamaludin selaku Penyelaras Klinik Primer. Penyampaian beliau termasuk memperkenalkan dua orang Pegawai Perubatan yang baharu, ucapan tahniah kepada semua warga klinik kerana Klinik Primer merupakan peratusan penggunaan EMR tertinggi, dan yang terakhir mengenai jalan kerja terbaharu bagi Pembantu Perawatan Kesihatan (PPK).
Perhimpuanan diakhiri dengan sambutan Hari Lahir staf Klinik Primer daripada bulan Januari sehingga Ogos 2023.










