Majlis Sambutan Aidilfitri & Perhimpunan Bulanan Jabatan Perubatan Keluarga 2023
Majlis tahunan ini diadakan pada 12 Mei 2023, Jumaat di Klinik Primer, HCTM anjuran Kelab Familia (Kelab Kebajikan Klinik Primer HCTM). Bertemakan Kesultanan Melayu, warga Klinik telah hadir berpakaian busana melayu. Lebih 100 orang staf Jabatan Perubatan Keluarga termasuk Unit Farmasi, Kewangan, Makmal dan pelajar-pelajar program Emed dan farmasi telah hadir memeriahkan majlis.
Objektif penganjuran masjlis adalah untuk merapakan silaturahim antara warga klinik, jabatan, dan kakitangan HCTM UKM. Majlis ini juga meraikan persaraan wajib PPK Sharifah Amin. Aktiviti diteruskan dengan jamuan makan, bergambar dan pertandingan permainan traditional iaitu batu Seremban dan congkak. Pemenang menerima hamper yang di sampaikan oleh Dr. Hana dan Dr. Rahmah. Program ini bersurai pada jam 3 petang dengan gotong royong pembersihan.
Turut hadir dalam majlis Prof. Madya Dr Saharuddin Ahmad (Ketua Jabatan), Dr Zuhra Hamzah (Timbalan Ketua Jabatan). Dr Rahmah Kamaludin (Penyelaras Klinik Primer), Dr Afaaf Esa (Timbalan Penyelaras Klinik Primer) dan Dr Hana Azhari (Ketua Kelab Familia).














