LAWATAN KE AKADEMI REMAJA ISLAM AUTISMA (ARISMA)
Tarikh : 29 Oktober 2019 (Selasa)
Masa: 9.30am hingga 1.00 petang
Tempat: Akademi Remaja Islam Autisma (ARISMA)
Anjuran bersama :
- Unit Klinik Kanak-kanak dan Remaja, Klinik Primer Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (KPPC)
- Jabatan Perubatan Keluarga , Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia
Objektif:
1) Untuk mengetahui program-program pembinaan kemahiran kendiri khusus untuk remaja dan golongan dewasa autism yang tiada peluang kerjaya.
2) Untuk menambah maklumat program kemahiran vokasional dan program penjanaan kewangan untuk remaja dan golongan dewasa autisma.
3) Memberi pendedahan transisi para remaja autism dari alam persekolahan ke alam pekerjaan.
4) Untuk hebahan maklumat yang lebih tepat berkenaan program ARISMA kepada para ibubapa dan pesakit Klinik ADC yang memerlukan penempatan sebegini samada ketika remaja atau setelah tamat pengajian sekolah.
5) Dapat menjalinkan kerjasama di antara unit ADC dengan akademi dalam pelbagai program yang dapat memberi kebaikan kepada pesakit pesakit autisma seperti program CSR, pengumpulan dana dan promosi gerai/jualan.
Nama-nama kehadiran kakitangan Klinik Primer
- Dr Afaaf binti Esa ( K015271)
- Dr Hana binti Azhari ( K020188)
- JT Sarifah Madihah binti Sayed Osman (K007668)
- JT Che Wan Kasmiza binti Che Wan ( K014246)
Impak/kesimpulan lawatan
Secara keseluruhannya, lawatan ini dapt membuka mata kami mengenai kepentingan akademi seperti ini di mana ia dapat menyediakan tapak latihan untuk proses transisi dari alam persekolahan ke alam pekerjaan. Akademi seperti ini juga dapat menyediakan tempat yang selamat untuk golongan autisma.
Dengan lawatan ini, pihak kami dapat menyampaikan maklumat dengan lebih tepat berkenaan program-program yang ditawarkan di akademi ini kepada pihak ibu bapa yang mencari tempat latihan yang sesuai selepas tamat alam persekolahan atau sebagai tempat transit/latihan untuk remaja dari sekolah menengah.

