SANGGAR KERJA DAN “TEAM BUILDING”

30 Sep 2019

Tarikh: 28 September 2019

Masa: 8.00pagi – 6.00petang

Tempat: Santai Riverside, Kampung Janda Baik, Bentong, Pahang

Anjuran:

  • Kelab Familia Klinik PerubatanPrimer PPUKM Cheras
  • Jabatan Perubatan Keluarga

Objektif program:

  • Memantapkan jati diri dan semangat kerja berpasukan kakitangan Jabatan Perubatan Keluarga PPUKM dalam usaha meningkatkan kualiti perkhidmatan klinik.
  • Meningkatkan semangat dan jati diri serta mengurangkan tekanan kerja melalui aktiviti pupuk semangat berkumpulan yang diadakan.
  • Merapatkan hubungan silaturahim di antara kakitangan klinik
  • Meningkatkan kesefahaman dan kerjasama di dalam kumpulan
  • Membina individu yang berkeyakinan dan berketerampilan
  • Mewujudkan daya saing yang membina dan sihat

Seramai 45 orang kakitangan yang menghadirikan diri.

Tentatif program:

Program diterima baik oleh kakitangan. Perjalanan ke Janda Baik bermula seawal jam 7 pagi dengan mengunnakan sebuah bas PPUKM yang bertolak dari HCTM. Aktiviti di atur oleh Syarikat Hiking.MY supaya semua ahli jawatan kuasa dapat mengambil bahagian dalam aktiviti.

Aktiviti yang dijalankan adalah seperti dilampir di bawah. Kakitangan bergerak pulang pada jam 6 petang.

Jadual Program: 

Masa Aktiviti
6.30am Berkumpul di Klinik Primer PPUKM Cheras
7.00am Bertolak ke lokasi
8.30am – 9.00am Pendaftaran peserta
9.00am – 9.15am Taklimat oleh hiking.MY dan pembukaan oleh HOD jabatan dan penyelaras klinik
9.15am – 9.45am Aktiviti 1 – Body combat exercise
9.45am – 10.00am Minum Pagi
10.00am – 12.00pm Aktiviti 2 – medic treasure hunt
12.45pm – 2.00pm Makan Tengahari / Solat Zohor
2.00pm – 3.00pm Aktiviti 3 – Pass D message (Sampaikan Salam )
3.15pm – 5.15pm Aktiviti 4 – Sukan Rakyat
5.30pm – 5.45pm Keputusan & Sesi Penyampaian Hadiah

Snack, total result & prize giveaway

Penutupan oleh HOD

5.45 pm – 6.00pm Sesi Bergambar
6.00pm Program Tamat / Bersurai

Kesimpulan:

Secara keseluruhannya, Hari ‘Team Building’ ini dapat mencapai objektif yang dirancang. Kakitangan bekerja bersama dalam pasukkan masing masing untuk selesaikan aktiviti yang dirancang. Program ini telah berjaya menaikkan semangat kakitangan, mengurangkan stress dan mengeratkan hubungan kakitangan di luar tempat bekerja. Adalah diharapkan agar program seperti ini boleh dijalankan setiap tahun.

Search

+