SEMINAR ON PAEDIATRIC LEARNING DISABILITIES FOR PRIMARY CARE PROVIDERS
Tarikh: 30 Julai 2019 (Selasa)
Masa: 8.00 pagi sehingga 5 petang
Tempat: Dewan Kuliah 2, Bangunan Praklinikal HCTM, PPUKM
Anjuran:
- Klinik Kanak-kanak dan Remaja, Klnik Primer PPUKM, Cheras
- Jabatan Perubatan Keluarga, PPUKM
Klinik Kanak-Kanak dan Remaja, Klinik Primer PPUKM Cheras dibawah Jabatan Perubatan Keluarga, PPUKM telah menganjurkan satu seminar bertajuk ‘Paediatric Learning Disabilites for Primary Care Providers’ pada Selasa, 30 Julai 2019 dari pukul 8 pagi hingga 5 petang.
Seminar bertempat di Dewan Kuliah 2, Bangunan Praklinikal, HCTM, PPUKM dan seramai 113 peserta yang terdiri daripada pakar perubatan keluarga, pegawai perubatan, pelajar pasca siswazah, GP swasta, dan jururawat terlatih, dari sejauh Melaka telah menghadiri seminar ini.
Klinik Kanak-Kanak dan Remaja memberi rawatan kepada lebih kurang 300 orang kanak-kanak dan remaja di Klinik Primer oleh dua Pakar Perubatan Keluarga. Oleh sebab ini kami telah mengadakan seminar tersebut untuk berkongsi pengalaman dan ilmu dan memperkasakan pengetahuan penyedia penjagaan primer dalam memberi rawatan terhadap kanak-kanak bermasalah pelajaran.
Tajuk ceramah yang disampaikan adalah seperti berikut:
- Learning Disabilities: An Overview, oleh Profesor Madya Dr. Noor Azimah Muhammad, Pensyarah dan Pakar Perubatan Keluarga PPUKM
- A Child with Problems in Learning: What to Look For?, oleh Profesor Madya Dr. Norazlin Kamal Nor, Pensyarah dan Pakar Pediatrik, Pusat Perkembangan Kanak-Kanak, HCTM
- Management of a Child with Learning Disability at Government Health Clinic: Klang Experience, oleh Dr. Izan Hairani Ishak, Pakar Perubatan Keluarga, KK Bukit Kuda
- Hala tuju Pendidikan dan Kerjaya Murid Berkeperluan Khas, oleh Cikgu Sarasvathi A/P Arumugam, PPKI Sekolah Menengah Kajang Utama
- OKU Card Registration, oleh Dr. Ezura Madiana Md. Monoto, Pensyarah dan Pakar Perubatan Keluarga PPUKM
- Learning Difficulties: Role of the Psychologist, oleh Dr. Yang Wai Wai, Pensyarah dan Pakar Psikologi Kanak-Kanak, Pusat Perkembangan Kanak-Kanak, HCTM
- Overview of Speech Interventions and Challenges, oleh Pn Sherin Sokmum, Pakar Pertuturan Kanak-Kanak, HCTM
- Occupational Therapy Roles and Management in LD, oleh Pn Norhaslina Mohd Yasin, Pakar Terapi Cara Kerja, HCTM
Penceramah terdiri dari pelbagai disiplin dan tempat kerja berlainan.
Maklumbalas daripada peserta amat memberangsangkan dan mereka mengharapkan agar program seperti ini dapat di anjurkan setiap tahun. Seterusnya kami mengharap penyedia penjagaan primer merasa yakin untuk memberi rawatan terhadap kanak-kanak bermasalah pembelajaran di tempat masing-masing dan pengesanan kanak-kanak tersebut boleh dilakukan awal supaya rawatan dapat dimulakan dengan segera.






