MAJLIS APRESIASI KAKITANGAN JABATAN PERUBATAN KELUARGA 2018
Jabatan Perubatan Keluarga (JPK) telah mengadakan Majlis Apresiasi Kakitangan Jabatan Perubatan Keluarga pada 7 Disember 2018. Majlis telah berlangsung di Dewan Sri Payung Wisma Zelan bermula pada pukul 2.30 PM sehingga 4.30 PM. Majlis diserikan lagi dengan kehadiran Dekan, Prof Dr Zaleha dan Timbalan Pengarah HCTM, Encik Mursidi.
Majlis ini diadakan sebagai tanda terima kasih kepada setiap warga kerja JPK dan Klinik Primer PPUKM, Cheras (KPPC). Anugerah diberikan kepada Pensyarah, Pegawai Perubatan, Pascasiswazah, Jururawat, Pembantu Perubatan, Pembantu Klinik, Pengkeranian , Makmal / Fisioterapi / Farmasi yang terbaik dikalangan mereka yang baik-baik. Anugerah juga diberikan kepada mereka yang telah berjaya menurunkan berat badan sepanjang 2018, dua telah berjaya menurunkan 10kg dan lebih.





