ROMBAKAN KURIKULUM PROGRAM IJAZAH DOKTOR PAKAR PERUBATAN KELUARGA UKM 2018 (PERINGKAT JABATAN)
Ahli-ahli Jabatan terlibat dalam persediaan bagi rombakan kurikulum program ijazah Doktor Pakar Perubatan Keluarga UKM.
Sebanyak dua buah bengkel telah diadakan oleh Jabatan dalam menyiapkan dokumen-dokumen berkaitan pengajaran dan pembelajaran Disiplin Perubatan keluarga, agar menepati format dan kehendak Agensi Kelayakan Malaysia, Kementerian Pendidikan Tinggi.
- Bengkel Rombakan Kurikulum Pascasiswazah 22-25 Januari 2018, Hotel Bangi-Putrajaya.
Bengkel ini telah dihadiri oleh sepuluh orang pesnyarah dari Jabatan, untuk melihat semula intipati kurikulum serta hasil program secara amnya dan pembelajaran secara khususnya. Ahli-ahli Jabatan turut bekerjasama menyediakan dokumen-dokumen dalam format Agensi kelayakan Malaysia serta agensi-agensi Kualiti yang memantau program akademik di UKM.
Hasil dari bengkel yang diadakan selama 3 hari ini, jabatan telah dapat menyiapkan sebanyak 85% dari dokumen-dokumen yang disasarkan dalam persediaan unutk rombakan kurikulum perdana peringkat Fakulti.
- Bengkel bersama ‘Stakeholder” – Tenaga Penyelia Klinikal Kehormat Kementerian Kesihatan Malaysia (TPKK), 22 Mac 2018, Bangunan Praklinikal, PPUKM
Bengkel ini telah diadakan dengan tujuan mendapatkan maklumbalas tentang program yang sedia ada serta cadangan tentang penabahbaikan yang difikirkan perlu bagi memperkasakan program. Panel-panel jemputan terdiri dari Pakar-pakar Perubatan Keluarga yang dilantik sebagai TPKK Fakulti Perubatan UKM bagi Program Pascasiswazah Doktor Pakar Perubatan Keluarga dan juga merupakan alumni lulusan sarjana dari UKM. Ahli-ahli panel yang hadir pada bengkel tersebut adalah Dr Naemah Sharifuddin (KKM), Dr Wong Ping Foo (KKM), Dr Mohd Radzniwan Abdul Rashid (USIM), Dr Siti Aisyah Abdul Majid (KKM) serta Dr Sumitha Chellathurai (KKM).
PM Dr Noor Azimah selaku Ketua Jabatan dan Dr Saharuddin Ahmad sebagai Penyelaras Program Pascasiswazah telah membentangkan hasil rombakan kurikulum pascasiswazah kepada ahli-ahli panel bagi mendapatkan pendapat serta cadangan penambahbaikan untuk program ijazah Doktor Pakar Perubatan Keluarga sebelum Jabatan memajukannya ke peringkat Fakulti dan seterusnya Senat.
Pihak Jabatan merakamkan ucapan ribuan terima kasih atas segala maklumbalas dan cadangan yang telah diberikan oleh panel-panel jemputan dan menghargai sumbangan mereka, meluangkan masa untuk hadir ke bengkel dan tidak lupa juga sumbangan mereka sebagai TPKK bagi menjayakan program ini.