BENGKEL PENULISAN MANUSKRIP
Pada 14 dan 15 Disember 2017 telah berlangsungnya bengkel penulisan pensyarah yang dihadiri oleh pensyarah-pensyarah Jabatan Perubatan Keluarga, PPUKM.
Bengkel ini dimulakan dengan taklimat oleh Dr Tan Chai Eng selaku Ketua Unit Penyelidikan di Jabatan. Beliau telah memberikan maklumat terkini status penerbitan warga Jabatan- dari peringkat penulisan sehinggalah yang masih menunggu keputusan dari penerbit jurnal. Kemajuan penerbitan pensyarah terkini akan dikemaskini dari masa ke masa secara berkala, dengan harapan ahli-ahli Jabatan dapat menyumbang kepada perkembangan disiplin Perubatan Keluarga serantau.


