SEMINAR “SAFE PAEDIATRIC CIRCUMCISION” SIRI 22017
abatan Perubatan Keluarga bekerjasama dengan Unit Pediatrik Surgeri, Jabatan Surgeri, PPUKM telah berjaya mengadakan seminar yang bertajuk “Safe Paediatric Circumcision Series 2/2017” pada 14 Oktober 2017 bertempat di Advanced Surgical Skills Centre (ASSC), PPUKM.
Pada akhir-akhir ini isu berkhatan telah memjadi isu semasa, atas kesedaran ini Jabatan Perubatan Keluarga dengan kerjasama Jabatan Surgeri telah menganjurkan seminar ini.
Tujuan seminar diadakan untuk mendedahkan peserta dengan pelbagai teknik pembedahan berkhatan. Pada masa yang sama dapat mengetengahkan implikasi klinikal dan medico-legal berkhatan. Seminar ini juga menangani isu dan salah faham yang berkaitan dengan “sunat wanita”. Penganjuran seminar ini telah mendapat sambutan penyertaan yang sangat membanggakan dari dalam dan luar PPUKM. Kebanyakan peserta terdiri daripada Doktor, Pegawai Perubatan, Pembantu Pegawai Perubatan dan Jururawat dari seluruh negara.
Jutaan terima kasih diucapkan kepada para penceramah serta sekretariat yang terlibat untuk menjayakan seminar ini.
