KURSUS “PRACTICE MANAGEMENT IN PRIMARY CARE”

12 Sep 2017

Jabatan Perubatan Keluarga, Pusat Perubatan UKM telah menganjurkan satu seminar yang bertajuk “Practice Management in Primary Care” pada 7 dan 8 September 2017 bertempat di Bilik Seminar Jabatan Pendidikan Perubatan, PPUKM.

Kursus ini telah berjaya menarik ramai penyertaan di kalangan pascaiswazah Perubatan Keluarga dari pelbagai universiti . Seramai 23 peserta telah menyertainya.

Maklum balas positif telah diterima oleh para peserta dan rata-rata mereka berharap supaya kursus ini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang kerana pelbagai input yang dapat diperolehi.

Jabatan mengucapkan jutaan terima kasih kepada sekretariat program yang telah bertungkus lumus bagi memastikan kelancaran kursus ini dan juga kepada semua para peserta yang telah menghadirinya.

Search

+