PENGENALAN

Klinik Rawatan Kulit di Pusat Perubatan Primer PPUKM ini telah mula beroperasi pada bulan Jun 2008. Sesi klinik ini diadakan pada setiap hari Khamis pagi dari jam 8.30 pagi sehingga 4.30 petang. Setiap tahun, seramai 300-400 pesakit mendapat rawatan dari klinik ini.

 

OBJEKTIF

  • Memberikan perkhidmatan rawatan masalah kulit dalam komuniti.
  • Memberi perkhidmatan rawatan masalah kulit kepada pesakit yang dirujuk oleh pegawai perubatan KPPC / klinik Dermatologi atau Jabatan Perubatan Kecemasan HCTM
  • Sebagai pusat latihan kepada pascasiswazah dan pegawai perubatan di KPPC.

 

AKTIVITI-AKTIVITI

  • Merawat pesakit yang mengalami masalah kulit.
  • Melakukan prosedur berkaitan seperti biopsi kulit, cryotherapy dan electrocautery.
  • Memberi latihan berkaitan penyakit kulit kepada pascasiswazah dan pegawai perubatan di KPPC dan ini termasuklah khidmat rundingan kepada pegawai perubatan jika perlu.

 

WAKTU OPERASI

Klinik ini beroperasi pada hari Khamis setiap minggu.

Sesi pagi (9.00 pagi hingga 12.30 petang) : Klinik konsultasi dan rawatan

Sesi petang (2.00 petang hingga 4.30petang) : Prosedur harian