Klinik Primer PPUKM Cheras (KPPC) terletak di Bandar Sri Permaisuri iaitu jaraknya sejauh 5 kilometer atau 15 minit perjalanan daripada Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM).
KPPC merupakan sebuah klinik perubatan primer yang berperanan untuk memberi perkhidmatan rawatan kesihatan di samping melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran serta penyelidikan untuk kursus kepakaran perubatan keluarga serta program prasiswazah Tahun 2 dan Tahun 5.
Ia menampung keperluan perkhidmatan kesihatan penduduk sekitarnya serta menyediakan perkhidmatan rawatan susulan kepada para pesakit dari pelbagai klinik pakar di HCTM yang telah stabil tahap kesihatan mereka setelah disahkan oleh pakar-pakar berkenaan demi mengurangkan beban pesakit stabil di HCTM secara keseluruhannya.
Ia berfungsi memberi perkhidmatan kepada komuniti dalam jarak 15 kilometer yang kebanyakannya mendapat perkhidmatan juga dari pakar di HCTM. Prasarana ini memberi kemudahan dan pendedahan juga kepada semua pelajar yang berkenaan.
Klinik Primer PPUKM dilengkapkan dengan kemudahan bagi perubatan dan perubatan sokongan untuk memberi perkhidmatan yang komprehensif bagi semua pesakit untuk semua jenis keaadaan, baik yang akut, kronik dan kecemasan. Pusat ini menerima 100-120 pesakit sehari. Beban peaskit meningkat dengan kadar 13% setahun.
Perkhidmatan ini adalah dari jam 8 pagi ke 5 petang Isnin hingga Jumaat, dan tutup pada hari Sabtu, Ahad dan cuti umum.
Perkhidmatan yang diberi adalah seperti dibawah:
- Pesakit luar dan kecemasan
- Klinik Enhanced Diabetic Care (EDC)
- Klinik Lanjutan Strok
- Klinik Dermatologi
- Klinik Berhenti Merokok
- Klinik Remaja & Kanak-kanak
- Klinik Ibu mengandung


