Hari Kesedaran Autisma & Sindrom Down
Tarikh: 16 April 2019
Masa: 8.30am – 1.oopetang
Tempat: Bilik Tutorial, Klinik Primer PPUKM, Cheras (KPPC)
Anjuran: Klinik Remaja dan Kanak-kanak, KPPC
Program ini telah dirasmikan oleh Profesor Datuk Dr. Harlina Halizah Siraj, Penolong Dekan (Pengajaran & CITRA), Fakulti Perubatan UKM.
Seramai lebih kurang 100 orang pengunjung yang terdiri daripada kanak-kanak dan remaja autisma dan sindrom Down, ibubapa dan guru serta masyarakat sekitar telah hadir memeriahkan program ini.
Aktiviti yang dijalankan adalah seperti;
- Jualan dan pameran oleh individu autisma dan sindrom Down seperti Andi Miranti, Amira Daniea dan Yan Wei Xing
- Mewarna dan mengecop tapak tangan di Wall of Fame
- Aktiviti gross motor circuit
- Program intervensi awal oleh Nuha Kids Care Centre
- Khidmat penilaian dan sokongan psikologi oleh SOLS Health
- Sesi perkongsian dan hands-on oleh pakar terapi pertuturan dan pakar pemakanan UKM.


