Ujian Pra-Kemasukan Program Ijazah Sarjana Perubatan (Perubatan Keluarga) Sesi 2017/2018
Sila ambil maklum bagi calon-calon yang memohon untuk kemasukan ke Program Ijazah Doktor Perubatan (Perubatan Keluarga) bagi sesi 2017/2018, bahawa Peperiksaan Pra-Kemasukan Sarjana Perubatan (Perubatan Keluarga) Lembaga Konjoin Kebangsaan bagi Disiplin Perubatan Keluarga akan berlansung sebagai salah satu daripada syarat kelayakan.
Kesemua calon-calon yang memohon memasuki program sepatutnya telah menerima surat jemputan bertarikh 31 hb Oktober 2016 (Rujukan UM.M/PCM / PG.700-371 L6|OL) dari Universiti Malaya, yang menjadi penganjur peperiksaan tersebut bagi sesi akademik 2017/2018.
Butiran peperiksaan adalah seperti berikut:
Tarikh: 8 Disember 2016 (Khamis)
Pendaftaran Peperiksaan: 9.00 Pagi
Masa: 10.00 pagi – 12.00 tengahari
Tempat: Dewan Peperiksaan Utama, Tingkat 4, Fakulti Perubatan, Universiti Malaya, Kuala lumpur
(Peta lakaran ke lokasi Dewan Peperiksaan dilampirkan bersama surat jemputan)
Bayaran Yuran: RM 100 (hanya tunai diterima)
Format peperiksaan: 60 soalan MCQ (Paediatrik, O&G dan Perubatan Dalaman)
Peralatan yang perlu dibawa: Pensil dan pemadam
Dokumen yang perlu dibawa: Kad pengenalan
Kehadiran anda adalah wajib dan hanya calon yang dipertimbangkan untuk sesi temuduga pada bulan Januari 2017 sahaja akan dimaklumkan selewat-lewatnya pada 31 Disember 2016.