Lawatan Kerja ke Klink Primer PPUKM Cheras oleh Fakulti Perubatan Universiti Malaysia Sarawak (UniMAS)

5 Dec 2016

Wakil dari Fakulti Perubatan Universiti Malaysia Sarawak telah mengadakan lawatan kerja ke Klinik Primer PPUKM Cheras pada 30hb November 2016. Pihak UniMAS telah diwakili oleh  Profesor Dr. Mohammad Zulkarnaen bin Ahmad Narihan, Timbalan Dekan Pembangunan & Sumber Manusia dan Profesor Dr Syed Alwi Syed Abdul Rahman, Ketua, Jabatan Perubatan Keluarga, Fakulti Perubatan UniMAS.

Tujuan lawatan diadakan adalah untuk berkongsi pengalaman dan berkongsi maklumat tentang pembinaan klinik primer yang sesuai untuk tujuan pembelajaran dan pengajaran rawatan primer disamping memberikan perkhidmatan rawatan primer bagi kawasan setempat.

Tetamu telah dibawa melawat keseluruhan tapak klinik di  Blok Menara dan Blok Klinikal. Taklimat tentang sejarah evolusi perkhidmatan rawatan primer di PPUKM telah diberikan oleh Ketua Jabatan, Profesor Madya Dr Aznida Firzah Abdul Aziz, manakala taklimat tentang polisi serta perkhidmatan Klinik telah diberikan oleh Penyelaras Klinikal Dr Ezura Madiana Md Monoto.

Adalah diharapkan perkongsian pengalaman pengubahsuaian pelan lantai klinik dapat memanfaatkan perancangan klinik primer di UniMAS kelak.

img_4896

Bilik Rekod Perubatan

img_4897

Perbincangan mengenai keluasan bilik konsultasi

img_4894

Professor Dr Zulkarnaen menandatangani Buku Pelawat Klinik Primer PPUKM Cheras

img_4893

Bilik Rawatan

img_4895

Perbincangan tentang laluan kakitangan sebagai langkah keselamatan bagi Pegawai Perubatan dan kakitangan sokongan

img_4898

Perbincangan mengenai Ruangan Flebotomi dan Makmal Klinikal.

Search

+