Majlis Kesyukuran dan Doa Selamat Klinik Primer PPUKM Cheras

22 Aug 2016

Majlis Kesyukuran dan Doa Selamat Klinik Primer PPUKM Cheras telah diadakan pada 20hb Ogos 2016 di ruang menunggu Klinik Primer PPUKM Cheras.

Majlis ini diadakan untuk menandakan kesyukuran setelah selesainya proses perpindahan dari Pusat Perubatan Primer PPUKM dari Bandar Tasik Selatan ke Klinik Primer PPUKM Cheras di Bandar Seri Permaisuri. Majlis ini juga diadakan sebagai penghargaan kepada warga JPK yang telah bertungkus lumus berusaha bagi menyediakan Klinik Primer PPUKM Cheras untuk mula beroperasi pada 1hb September 2016.

Selain dari warga JPK yang sedia ada, mantan warga Jabatan Perubatan Keluarga PPUKM juga dijemput, untuk memeriahkan majlis dan mengeratkan silaturrahim.

Majlis telah dimulakan pada jam 12 tengahari dengan bacaan surah yasin dan solat zohor berjemaah yang telah disempurnakan oleh tenaga pengajar dan pelajar-pelajar  dari Sekolah Tahfiz Al- Fadhni.

Seterusnya, Ketua Jabatan Perubatan Keluarga PPUKM Profesor Madya Dr (PhD) Aznida Firzah Abdul Aziz  memberi ucapan aluan kepada semua hadirin. Doa selamat telah dibacakan oleh Ustaz Khairil Khuzairi Omar sebelum jemputan menikmati jamuan makan tengahari yang telah disediakan sendiri oleh warga JPK.

Antara hadirin VIP yang hadir di majlis tersebut adalah Encik Adli Muhammad (Ketua Pengarah Operasi PPUKM), Dr Zainah Mohamad & Puan Roslina Rasip (Jabatan Kejururawatan), Mejar (B) Asri Ahmad. Majlis bersurai pada pukul 4.30 petang.

IMG-20160820-WA0011

IMG-20160820-WA0008       IMG-20160820-WA0016

 

IMG-20160820-WA0002

Search

+