Pertandingan Menghias Pejabat Sempena Bulan Kemerdekaan ke – 65
Bersempena Hari Kebangsaan yang akan disambut pada 31 Ogos 2022, Jabatan Komunikasi Korporat & Khidmat Pelanggan menganjurkan Pertandingan Menghias Pejabat Sempena Bulan Kemerdekaan ke – 65 yang akan diadakan pada 19 hingga 31 Ogos 2022. Penilaian Hiasan Pejabat akan dilaksanakan sepanjang tempoh tersebut. Sehubungan dengan itu, semua jabatan perlu menghiaskan ruang pejabat dengan bendera Jalur Gemilang mengikut kreativiti sebagai tanda semangat patriotisme di kalangan warga HCTM.













