Penghargaan dan Terima kasih- Puan Aliza Mansor
Sekalung penghargaan dan terima kasih kepada Puan Aliza Mansor atas perkhidmatan beliau sebagai Ketua Jabatan Komunikasi Korporat dan Khidmat Pelanggan. Beliau akan bercuti bersara mulai 4 April 2022.
Sekalung penghargaan dan terima kasih kepada Puan Aliza Mansor atas perkhidmatan beliau sebagai Ketua Jabatan Komunikasi Korporat dan Khidmat Pelanggan. Beliau akan bercuti bersara mulai 4 April 2022.
Sempena Ambang Sambutan Jubli Perak 25 Tahun HCTM, kami bawakan Tealive untuk membuka jualan pada hari dan masa yang ditetapkan. Kehadiran warga HCTM, warga UKM dan awam dialu-alukan. #HCTM #UKM #BetterFasterFriendlier #HCTMJubliPerak #HCTM25Tahun
14 Januari 2022,Jumaat- Tazkirah Dan Bacaan Yassin Jabatan Komunikasi Korporat Dan Khidmat Pelanggan diadakan di Pejabat Pentadbiran JKKKP. Tazkirah disampaikan oleh Ustaz Sanusi dan disusuli bacaan Yassin bersama warga JKKKP. Tazkirah dan bacaan Yassin ini akan diadakaan setiap bulan bagi mengeratkan silaturahim di antara Unit-unit di baw
ah JKKKP.
Januari 2022, Sabtu – Bengkel KPI Jabatan Komunikasi Korporat dan Khidmat Pelanggan HCTM telah diadakan pada 8 januari 2022 di Dewan Pemeriksaan Pra Klinikal. Kehadiran kakitangan adalah sebanyak 80 orang terdiri daripada Unit Pengurusan Acara, Unit Komunikasi Korporat dan Media dan Unit Khidmat Pelanggan.
Sempena Bulan Hari Lelaki Sedunia, webinar ‘Menopos Lelaki: Mitos atau Fakta?’ akan diadakan pada 19 November 2021 secara zoom dan FB Live. Orang awam dan warga HCTM boleh menyertai webinar ini dan bertanya soalan kepada penceramah semasa webinar berlangsung.

Tahniah diucapkan kepada pemenang Kuiz ‘Vertigo And Exercises On Spinning’. Kuiz yang dibuka pada 24 September 2021 adalah berdasarkan webinar Vertigo yang diadakan pada hari yang sama. Seramai 3 orang peserta yang mendapat markah tertinggi telah dipilih untuk menerima token daripada kami. Tiga orang pemenang adalah seperti berikut:
CHERAS, 30 September 2021 ( Khamis) – Sebanyak 50 unit Portable Oxygen Concentrator (POC) dan 14 unit Power Air Purifying Respirator (PAPR) daripada Pusat Perhubungan Alumni dan 10 unit Portable Oxygen Concentrator (POC) dan 1,050 unit Isolation Coverall Suit sumbangan peribadi daripada Datuk Wira Wen Tai Chun, Presiden Sayling Wen Cultural & Educational Foundation dan Datin Wira Audrey Yang melalui The Association of Global Industry Academia Collaboration Malaysia telah diserahkan melalui Sesi Serahan Peralatan Perubatan yang diadakan pada petang tadi di Dewan Serbaguna Blok Tambahan Kompleks Pendidikan Perubatan Canselor Tuanku Jaafar.
CHERAS, 30 Ogos 2021 – Program Semarak Kemerdekaan Sempena Bulan Kemerdekaan Ke-64 Peringkat HCTM 2021 telah diadakan secara maya melalui aplikasi Zoom dan FB Live. Program diadakan sempena Hari Kebangsaan yang ke-64 dengan tema ‘Malaysia Prihatin’ telah dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Hasrizal Hasan dan seterusnya ucapan daripada YBhg. Prof. Dato’ Dr. Razman Jarmin, Pengarah HCTM.
Pengarah dalam ucapan beliau menyeru warga HCTM sama-sama menghayati dengan penuh kesyukuran erti kemerdekaan dan bersama-sama berganding bahu memerangi pandemik COVID-19. Menurut beliau, pendekatan Malaysia Prihatin dalam hasrat memperluaskan impak bermakna kepada masyarakat telah menjadi aspirasi warga HCTM untuk menggembleng tenaga dan bersama-sama membantu negara memberi perkhidmatan terbaik melalui bidang perubatan terutamanya dalam mengurus dan merawat pesakit COVID-19 dan membantu Program Imunisasi Kebangsaan melalui Pusat Pemberian Vaksin (PPV).
Acara diteruskan dengan video ucapan wakil-wakil warga kerja HCTM dan seterusnya tayangan video peserta Pertandingan Semarak Kemerdekaan anjuran Jabatan Komunikasi Korporat dan Khidmat Pelanggan. Tiga penyertaan terbaik telah dipilih dan berjaya membawa pulang wang tunai dan sijil penyertaan. Tempat pertama telah dimenangi oleh Eliza Nor Ahmad Rashidi daripada Unit Hematologi JPMD, Tempat Kedua daripada Jabatan Kualiti, dan Tempat Ketiga daripada Unit Hematologi JPMD. Pertandingan ini bertujuan untuk menggalakkan keluarga HCTM menzahirkan semangat kemerdekaan melalui kreativiti penghasilan video. Program tamat pada jam 1.00 petang dan diakhiri dengan sesi fotografi di aplikasi Zoom.








13 Ogos 2021, JKKKP – Majlis jasamu dikenang bagi kakitangan JKKKP telah berlangsung pada jumaat, jam 3.00 petang melalui google meet. Kakitangan yang terlibat pertukaran jabatan adalah Puan Nadiayanti Yusoff- Unit Pengurusan Acara , Encik Mohd Ridzuwan Rosli , Unit Komunikasi Korporat dan Media, Puan Rahimah Hj Maulub, Puan Syahirah Aqilah Hanafiah dan Puan Siti Amirah Ramli dari Unit Khidmat Pelanggan. Jabatan merakamkan ribuan terima kasih sepanjang tempoh perkhidmatan di JKKKP dan mengucapkan selamat maju jaya.






