Jemputan Bicara Pengarah HCTM sempena Majlis Perhimpunan Kakitangan HCTM Bil. 1/2026

29 Jan 2026

Adalah dimaklumkan bahawa Bicara Pengarah HCTM sempena Majlis Perhimpunan Kakitangan HCTM Bil. 1/2026 akan diadakan pada 4 Februari 2026 (Rabu) jam 10.30 pagi bertempat di Auditorium, Kompleks Pendidikan Perubatan Canselor Tuanku Ja’afar, Hospital Canselor Tuanku Muhriz, UKM.

Sukacitanya warga HCTM dijemput hadir.

Pautan soalan untuk sesi Soal Jawab Bersama Pengurusan HCTM :- https://forms.gle/UQp5g7EcxAqNnnqu8

Sekian, terima kasih.

Program Sukan Rakyat Galah Panjang bersempena menyambut Hari Kebangsaan 2025

28 Aug 2025

Pada 27 Ogos 2025 (Rabu), Program Sukan Rakyat Galah Panjang bersempena menyambut Hari Kebangsaan 2025 peringkat Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) telah diadakan di Galeri, Kompleks Pendidikan Perubatan Canselor Tuanku Ja’afar, HCTM. Program ini melibatkan hampir 60 kakitangan yang mewakili pelbagai Jabatan, Unit dan Pusat di bawah portfolio pengurusan HCTM.

Program ini bertujuan untuk mengukuhkan silaturahim dan mengeratkan hubungan ukhuwah antara Pengarah, Ahli Pengurusan serta kakitangan hospital. Selain itu, program ini turut menggalakkan perpaduan dan semangat berpasukan melalui aktiviti sukan tradisional dan mewujudkan suasana mesra dan harmoni di antara warga kerja HCTM. Program telah dimulakan dengan acara senamrobik sebelum ke acara kemuncak, iaitu pertandingan permainan tradisional Galah Panjang. Penyampaian hadiah kepada pemenang pertandingan Galah Panjang telah disampaikan oleh YBhg. Dato’ Dr. Azmi Baharudin, Pengarah HCTM.

Turut hadir memberi sokongan kepada program ini, YBrs. Prof. Madya Dr. Jamari Sapuan, Timbalan Pengarah (Perkhidmatan Surgeri), YBhg. Prof. Dr. Hamzaini Abdul Hamid, Timbalan Pengarah (Perkhidmatan Diagnostik, Farmasi dan Sokongan), YBrs. Puan Wan Omi Wan Yussop, Ketua Jabatan Kewangan dan Puan Masrifah Zakaria, YBrs. Ketua Jabatan Perkhidmatan Kejururawatan.

 

Soal Kaji Selidik : Jabatan Komunikasi Korporat Hospital Canselor Tuanku Muhriz

30 Apr 2025

Soal Kaji Selidik : Jabatan Komunikasi Korporat Hospital Canselor Tuanku Muhriz*

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Tuan/ Puan,

Dengan segala hormatnya, izinkan saya merujuk kepada perkara yang di atas.

Adalah dimaklumkan bahawa jabatan sedang menjalankan soal kaji selidik ini bertujuan untuk mengumpul pandangan dan cadangan daripada anda mengenai jenis cenderamata yang paling sesuai, praktikal, dan dihargai oleh penerima. .  Kami ingin memastikan cenderamata yang diberikan mencerminkan identiti dan nilai-nilai Hospital Canselor Tuanku Muhriz.

Sehubungan dengan itu, sukacita kami menjemput Tuan/ Puan untuk memberikan maklum balas terhadap soal kaji selidik ini melalui pautan berikut.

>> https://tinyurl.com/SoalKajiSelidikJKKHCTM

Segala kerjasama dan perhatian daripada pihak Tuan/ Puan terhadap perkara ini amatlah dihargai dan diucapkan ribuan terima kasih.

Sekian, harap maklum dan terima kasih.

Video Raya: Rendang Untuk Aliff

10 Apr 2025

Pengambaran Video Raya berjudul ‘Rendang Untuk Aliff’ telah ditayangkan kada 29 Mac 2025 di platform Facebook HCTM dan HCTM TV. Pengambaran yang dihasilkan bermula bulan Ramadan ini telah dihasilkan dengan kerjasama Jabatan Multimedia Penyiaran dan bakat-bakat daripada kakitangan HCTM. Pengambaran ini dijalankan di kawasan HCTM dan Jabatan Kecemasan. Objektif video ini adalah untuk menghargai pengorbanan kakitangan HCTM yang bertugas pada Hari Raya Aidilfitri.

 

Saksikan video ini di pautan di bawah:

 

Behind the scene:

Program Merendang Bersama Pengurusan HCTM

10 Apr 2025
Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) menerusi Jabatan Komunikasi Korporat telah mengadakan Program Merendang Bersama Pengurusan HCTM pada 26 Mac 2025 (Rabu), di Ruang Galeri, Kompleks Pendidikan Perubatan Canselor Tuanku Ja’afar, HCTM. Program ini bertujuan untuk menyambut kedatangan bulan Syawal yang mulia, serta untuk mengeratkan lagi hubungan antara pihak pengurusan hospital dan warga HCTM. Aktiviti memasak dan membungkus rendang daging telah dijalankan seawal jam 10.00 pagi dengan bantuan 20 orang sukarelawan yang terdiri daripada kakitangan HCTM.
Sebanyak 500 pek rendang daging telah berjaya disediakan dan agihan telah dibuat pada jam 3.00 petang. Program ini mendapat sambutan yang memberangsangkan apabila kakitangan HCTM mula membanjiri lokasi agihan seawal jam 2.30 petang. Ahli Pengurusan HCTM yang hadir menjayakan program ini, YBhg. Dato’ Dr. Azmi Baharudin, Pengarah HCTM, YBrs. Prof. Madya Dr. Jamari Sapuan, Timbalan Pengarah (Perkhidmatan Surgeri), YBrs. Dr. Zairul Azwan Mohd Azman, Timbalan Pengarah (Perkhidmatan Perubatan), YBhg. Prof. Dr. Hamzaini Abdul Hamid, Timbalan Pengarah (Perkhidmatan Diagnostik, Farmasi dan Sokongan), YBrs. Encik Mursidi Ahamad, Timbalan Pengarah (Pentadbiran), YBrs. Puan Wan Omi Wan Yussop, Ketua Jabatan Kewangan dan YBrs. Puan Masrifah Zakaria, Ketua Jabatan Perkhidmatan Kejururawatan.
@hctm_ukm

Jom Merendang Bersama Pengurusan HCTM #HCTM #UKM #betterfasterfriendlier #HCTMtiktok #MerendangBersamaPengurusan #fyp #fypシ゚viral

♬ Serumpun – Mimifly

 

Sidang Media Prosedur Pertama Endoscopic Sleeve Gastroplasty (ESG)

10 Apr 2025

Sidang Media Prosedur Pertama Endoscopic Sleeve Gastroplasty (ESG) telah diadakan pada 19 Mac 2025, jam 10.00 pagi di Bilik Mesyuarat Sukmaria, Aras 3, Bangunan Klinikal HCTM. Tujuan sidang media ini dijalankan adalah untuk memperkenalkan Endoscopic Sleeve Gastroplasty (ESG) iaitu prosedur endoskopik inovatif yang bertujuan mengurangkan kapasiti perut hampir 70% menggunakan teknik jahitan khas melalui prosedur Upper Endoscopy (OGDS). Prosedur telah terbukti membantu pesakit mengurangkan berat badan berlebihan secara signifikan serta mengawal penyakit metabolik seperti diabetes, hipertensi, hati berlemak, dan kolesterol tinggi.

Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) menjadi hospital pengajar dan hospital kerajaan pertama yang menjalankan prosedur ini pada 11 Mac 2025 yang lalu melalui Bengkel 1st UKM Endo Sleeve (ESG) Workshop: Weight Loss without Scar. Tiga pesakit terlibat dalam prosedur pertama tersebut dan semuanya telah selamat discaj tanpa sebarang komplikasi. Walaupun ESG masih baharu di Malaysia, HCTM berharap dapat memperluaskan kesedaran serta melatih lebih ramai profesional perubatan dalam ESG, seterusnya memberikan pilihan rawatan yang lebih selamat, kurang invasif, dan efektif kepada pesakit obesiti yang berisiko tinggi. Rawatan ini dapat memberikan harapan kepada mereka yang menghadapi masalah obesiti dengan risiko komplikasi kesihatan yang tinggi.

Pengamal media yang berminat untuk mengetahui lanjut mengenai ESG dan berminat membuat liputan temubual bersama pakar, boleh hubungi kami di talian 03-9145 5185 (Cik Noorlaily).

 

 

 

 

 

 

 

Penjualan Sampul Raya HCTM Tahun 2025

10 Apr 2025

Sampul Raya Khas HCTM Tahun 2025 telah habis dijual. Tahun ini sebanyak 2 rekabentuk sampul raya telah dihasilkan iaitu versi kanak-kanak dan versi korporat. Sampul raya 2025 kali ini mengandungi 8 helai sampul, berharga RM6.00. Pihak kami mengucapkan terima kasih atas sokongan penjualan sampul raya HCTM yang amat memberangsangkan.

 

 

 

 

 

Bengkel Pemerkasaan Komunikasi Korporat

5 Nov 2024

Jabatan Komunikasi Korporat (JKK) telah mengadakan adalah Bengkel Pemerkasaan Komunikasi Korporat pada 2-3 November 2024 bertempat di Pusat Penyelidikan Langkawi (ALAF-UKM). Pelaksanaan bengkel adalah untuk memperkasakan lagi kakitangan dalam bidang korporat melalui strategik komunikasi yang menyokong visi dan misi HCTM. Antara topik menarik yang diketengahkan dalam bengkel ini ialah Penjenamaan dan Identiti Korporat, Komunikasi Strategik, dan Penjenamaan.

 

 

Tahniah – Encik Muhamad Khairi Khalis

1 Nov 2024

Tahniah Encik Muhamad Khairi Khalis atas penganugerahan Diploma Professional Pengurusan Bakat Berasaskan Kompetensi (CBTM) anjuran AKEPT dengan kerjasama Univerisiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) pada 29 Oktober 2024.

Lawatan kerja Jabatan Komunikasi Korporat  ke  Jabatan Perhubungan Korporat, Pusat Perubatan Universiti Malaya

10 Jul 2024

Lawatan kerja Jabatan Komunikasi Korporat  ke  Jabatan Perhubungan Korporat, Pusat Perubatan Universiti Malaya telah diadakan pada 9 Julai 2024 (Selasa). Objektif lawatan ini bertujuan bertukar pandangan dan pengalaman dalam bidang komunikasi dan hubungan korporat serta pengurusan media dan pengurusan majlis serta protokol juga aktiviti – aktiviti mempromosikan kepada umum dan teknikal, saluran media dan pengurusa acara untuk memantapkan perkhidmatan melalui benchmaking berkaitan imej dan identiti pengkorporatan dalam budaya organisasi. Seramai 6 orang wakil jabatan telah menyertai lawatan kerja ini.

1 2 3 12

Search

+