Kupon Sempena Hari Kopi Sedunia Mendapat Sambutan Luar Biasa

1 Oct 2020

CHERAS, 1 Oktober – Program kerjasama antara HCTM dan Gloria Jeans Coffee dalam memberikan kupon ekslusif sempena Hari Kopi Sedunia dan 23 Tahun HCTM telah mendapat sambutan luar biasa. Peminat kopi telah beratur awal dihadapan Gloria Jeans Coffee untuk mendapatkan kupon ini. Program pemberian kupon dijalankan pada jam 10.00 pagi oleh kakitangan JKKKP yang bertugas yang memakai apron.

Kupon ini membolehkan pelawat dan kakitangan HCTM untuk mendapat diskaun tambahan sebanyak 23% bagi menu tertentu. Syarat tambahan seperti LIKE dan FOLLOW Facebook HCTM dan berswafoto menggunakan bingkai facebook yang disediakan. Prof. Dato’ Dr. Hanafiah Harunarashid, Pengarah HCTM turut meluangkan masa selama 15 minit bersama kakitangan dan orang awam dengan memberikan kupon dan swafoto bersama.

En.Ruzaimi selaku tuan kedai Gloria Jean’s Coffee HCTM berharap aktiviti seumpama ini berjaya mencapai objektif penganjuran program. Program yang sepatutnya berjalan sehingga pukul 4.00 petang terpaksa diawalkan ke pukul 1.00 petang kerana kehabisan kupon. Jabatan Komunikasi Korporat dan Khidmat Pelanggan selaku penganjur program ini berharap ia dapat diteruskan di masa akan datang.

Lawatan Kerja ke HTA

1 Oct 2020

KUALA LUMPUR, 17 September – Lawatan Kerja ke Hospital Tunku Azizah telah diadakan untuk mendapatkan maklumat mengenai program sukarelawan yang dijalankan di hospital tersebut. Seramai 4 orang wakil Jabatan Komunikasi Korporat dan Khidmat Pelanggan HCTM yang terdiri daripada ketua jabatan, Puan Yasmin Nan Rahimi, Siti Fairuz Mohd Saad, Mohd Irham Bin Abdullah dan Mohd Aidil Md Hatar telah disambut oleh Unit Komunikasi Korporat hospital tersebut. Perbincangan selama sejam setengah ini adalah untuk mendapatkan maklumat berkaitan pengendalian program sukarelawan di Hospital Tunku Azizah dan bertukar-tukar cadangan serta pendapat. Setelah selesai sesi perbincangan, delegasi telah dibawa melawat kawasan untuk melihat fasiliti disana.

Sesi Perkongsian Ilmiah diadakan santai tetapi bermakna

25 Sep 2020

CHERAS, 25 September – Sesi Latihan Dalaman JKKKP telah diadakan secara tertutup selama satu jam di Bilik Mesyuarat Jabatan Multimedia Penyiaran HCTM. Ceramah yang bertajuk “WHAT DOES FOOD CONTENT TELL YOU” telah disampaikan oleh Miss Loo Mei Fong, Diabetes Educator daripada Sanofi-aventis Malaysia Sdn Bhd. Seramai 30 orang peserta termasuk kakitangan JKKKP dan kenalan-kenalan rapat telah hadir ke ceramah yang ringkas tetapi bermakna. Sesi perkongsian dianjurkan untuk memberikan maklumat dan pengetahuan kepada peserta mengenai cara-cara membaca label pada bekas atau plastik makanan serta mengajar cara pemilihan makanan yang bijak. Walaupun, sesi perkongsian ini hanya satu jam, namun aktiviti membaca lebal makanan bersama peserta turut diselitkan.

Aplikasi mySejahtera menggantikan HCTM PASS

25 Sep 2020

Adalah dimaklumkan penggunaan Aplikasi mySejahtera akan menggantikan Sistem Pas Lawatan Atas Talian (HCTMPASS). Penggunaan aplikasi ini akan berkuatkuasa sepenuhnya pada 17 September 2020 (2020).

Semak Tarikh Temujanji di Hujung Jari

25 Sep 2020

Pesakit HCTM yang mendapatkan rawatan sebagai pesakit luar digalakkan untuk menggunakan Sistem Patient Portal untuk membuat semakan tarikh temujanji, tarikh pembedahan, maklumat bayaran dan mengemaskini maklumat pesakit. Sebarang pertanyaan lanjut mengenai sistem ini boleh hubungi ditalian 03-9145 5073/6452.


SUMBANGAN 15 UNIT KERUSI RODA KEPADA HCTM

22 Jul 2020

CHERAS, 16 Julai –Sumbangan 15 unit kerusi roda bagi kegunaan pesakit dan pelanggan HCTM telah disampaikan oleh Tuan Haji Sirol Aflah Hassan Basri, Pengerusi Rumpun Teh Bulan, Tuan Haji Mohd. Yusoff Yahya, Pengarah Cahaya Mekar Resouces dan Tuan Haji Abd. Rahman Musa, Pengerusi Empayar Anak Cucu Musa kepada Prof. Dato’ Dr. Hanafiah Harunarashid, Pengarah Hospital Canselor Tuanku Muhriz dalam satu majlis ringkas pada pagi ini.

Inisiatif ini disambut baik oleh Pengarah HCTM dan beliau mengucapkan penghargaan dan terima kasih kepada wakil-wakil penyumbang kerana memilih HCTM untuk program CSR mereka. Setiap tahun hampir 4 juta ringgit dibelanjakan untuk membantu pesakit-pesakit yang kurang berkemampuan dan pada tahun lepas HCTM telah membantu lebih kurang 700 orang pesakit yang kurang berkemampuan. Selain kerusi roda, bantuan keperluan seperti susu dan makanan khas, tiub khas dan lain-lain amat dialu-alukan.

Sumbangan ini diharapkan dapat memberi manfaat dan membantu ramai pesakit yang mendapatkan rawatan di HCTM. Selain itu, HCTM juga berharap ada kerjasama strategik dimasa akan datang yang dapat membantu pesakit terutamanya golongan B40 atau golongan yang kurang berkemampuan.

Kajian Kepuasan Pelanggan

29 Mar 2016

Para pelanggan yang dihormati,

Jabatan Khidmat Pelanggan kini sedang menjalankan Kajian Kepuasan Pelanggan di hospital ini.

Semua pelanggan di hospital ini yang terdiri daripada pesakit luar (yang mendapatkan rawatan di klinik-klinik pakar) dan pesakit dalam (yang mendapatkan rawatan di wad-wad) dipelawa untuk mengambil bahagian.

Maklumat kajian adalah SULIT dan hanya untuk kegunaan pihak hospital bagi memperbaiki kualiti perkhidmatan di hospital ini.
Untuk mengambil bahagian dalam kajian sila klik pada link yang berkenaan dan jawab soal selidik yang telah disediakan. Atau pelanggan juga boleh mengimbas kod QR seperti tertera yang telah ditampal di sekitar kawasan hospital ini.
KAJIAN PESAKIT LUAR
https://bit.ly/2xRnajm
KAJIAN PESAKIT DALAM
https://bit.ly/2Lp17JR
 Jutaan terima kasih dari kami di atas kerjasama yang diberikan.
 Sekian.

Program Kemaskini Maklumat Pesakit/Pelanggan

21 Mar 2016

Dimaklumkan bahawa Jabatan Khidmat Pelanggan HCTM PPUKM sedang mengemaskini maklumat peribadi pesakit di dalam Sistem Maklumat Pesakit (Sistem C-Hets) bertujuan memastikan maklumat pesakit adalah terkini dan relevan untuk keperluan perkhidmatan dan perawatan.

Sehubungan dengan itu, kerjasama daripada pesakit/pelanggan HCTM PPUKM adalah amat diperlukan bagi tujuan ini. Maklumat yang diberikan melalui Borang Kemaskini Maklumat Pesakit  akan dibuat semakan dan dikemaskini di dalam sistem C-Hets.

Borang yang lengkap boleh dihantar melalui cara seperti berikut:-

  1. Email : fairozie@ppukm.ukm.edu.my;
  2. Penghantaran terus ke Pejabat Am, Jabatan Khidmat Pelanggan, Tingkat 3, Blok Klinikal HCTM, PPUKM.

Pautan Borang 

Pesakit / Kakitangan HCTM PPUKM, UKM, UKM KCKL : Borang Kemaskini Maklumat Pesakit (Kakitangan UKMPP)

Pesakit /Pelanggan bukan kakitangan : Borang Kemaskini Maklumat Pesakit

1 10 11 12

Search

+