Tahniah Pemenang Kuiz Buah Pinggang

16 Mar 2021

Tahniah diucapkan kepada pemenang Kuiz Buah Pinggang. Penganjur menerima banyak penyertaan kuiz pada kali ini dan ramai peserta mendapat markah penuh. Namun begitu, hanya 10 orang peserta yang bertuah sahaja yang berpeluang menerima saguhati/token daripada kami. 

Berikut disertakan jawapan Kuiz Buah Pinggang yang lepas untuk rujukan dan senarai 10 orang peserta bertuah. Pihak penganjur mengucapkan tahniah kepada yang terpilih, dan bagi yang tidak terpilih boleh cuba lagi dalam kuiz yang akan datang. 

Soalan-kuiz-WKD-2021

Pelancaran Twitter HCTM – Dapatkan kupon khas Gloria Jean’s Coffee x Eco Brown Rice

16 Mar 2021

Aktiviti pelancaran Twitter HCTM  akan diadakan pada 19 Mac 2021 pada jam 11.00 pagi di hadapan Gloria Jean’s Coffee. Gloria Jean’s dengan kerjasama Eco Brown Rice menawarkan menu khas dengan menggunakan beras perang. Warga HCTM dan awam boleh mendapatkan menu eksklusif ini pada hari tersebut sempena kempen pelancaran Twitter. Warga HCTM dan orang awam hanya perlu Follow dan Like Twitter kami dan berpeluang mendapatkan kupon diskaun menu terhad. Jangan lepaskan peluang dan jom sertai program ini. 

Sempena Hari Tidur Sedunia

16 Mar 2021

Sempena Hari Tidur Sedunia yang jatuh pada 19 Mac, Unit Komunikasi Korporat dan Media JKKKP akan menganjurkan webinar yang bertajuk ‘Eat a lot, SLEEP a lot’ akan diadakan secara atas talian melalui FB Live. Webinar ini akan mengupas kepentingan tidur dan kesihatan. Penceramah jemputan ialah Prof. Dr. Marina Mat Baki dari Jabatan Otorinolaringologi. Semua warga HCTM, UKM dan orang awam dialu-alukan untuk menonton sesi perkongsian ilmu ini.

Perhimpunan Kakitangan HCTM Bil.1/2021

15 Mar 2021

CHERAS, 12 Mac 2021 – Majlis Perhimpunan Kakitangan HCTM Bil.1/2021 telah diadakan secara atas talian dengan menggunakan platform YouTube dan Facebook. Perhimpunan ini merupakan perhimpunan yang pertama pengarah HCTM yang baharu, YBhg. Prof. Dato’ Dr. Razman Jarmin memberikan ucapan.  Berucap dalam majlis, beliau memaklumkan banyak peningkatan telah dilakukan sejak mantan pengarah, Prof. Dato’ Dr. Hanafiah Harunarashid memperkasakan taglineBatter, Faster, Friendlier untuk dijadikan teras dalam meningkatkan perkhidmatan. Ia dapat dilihat dengan peningkatan jumlah surat-surat penghargaan yang diterima sejak kebelakangan ini. Penambahaikan lain yang telah dilakukan antaranya penukaran dan penggantian aset-aset perubatan, projek penambahbaikan infrastuktur dan kemudahan parkir bertingkat. Rakaman perhimpunan boleh ulang tayang di YouTube rasmi HCTM. Majlis diakhiri dengan tayang rakaman video Kumpulan Pertama Penerima Vaksin Covid-19 dan sesi fotografi.

Sumbangan daripada Kembara Kitchen

9 Mar 2021

Kembara Kitchen telah memberikan sumbangan sebanyak 40 karton air kotak kelapa dan 160 biji kek moist dan citrus green velvet kepada HCTM petang semalam.

Tahniah Pemenang Kuiz Hepatobiliari

22 Feb 2021

Tahniah diucapkan kepada pemenang Kuz Hepatobiliari. Pemenang kuiz berjaya meraih markah tertinggi dalam kuiz ini. Untuk menyemak semula soalan dan jawapan kuiz, sila rujuk lampiran berikut:

HPBquiz2021

Follow dan Like Media Sosial Rasmi HCTM

14 Jan 2021

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Dimaklumkan Jabatan Komunikasi Korporat dan Khidmat Pelanggan HCTM mempelawa orang awam, semua warga HCTM dan UKM untuk ‘Follow’ dan ‘Like’ akaun Twitter dan akaun Facebook rasmi HCTM.  Akaun rasmi ini merupakan platfom untuk hebahan, maklumat dan aktiviti terkini di HCTM. Capai media sosial rasmi HCTM boleh dibuat melalui pautan berikut:-

Facebook HCTM: https://www.facebook.com/HCTM.UKM/
Twitter HCTM: https://twitter.com/hctm_ukm

Lawatan ke Starbuck Reserved Store Berjaya Times Square

1 Oct 2020

KUALA LUMPUR, 1 Oktober – Seramai 6 orang kakitangan JKKKP telah menghadiri lawatan ke Starbuck Reserved Store di Berjaya Times Square hari ini. Kehadiran delegasi disambut baik oleh En. Hadi selaku pengurus kedai berkenaan. Kehadiran delegasi ke kedai ini adalah bersempena dengan Hari Kopi Sedunia yang jatuh pada setiap 1 Oktober. Kakitangan JKKP yang terpilih untuk lawatan ini adalah kakitangan yang bertugas sebagai pengiring VIP yang datang membuat rawatan di HCTM.

Mereka telah diberi penerangan ringkas mengenai sejarah Starbuck dan rekabentuk duyung pada logo Starbuck. Barista Starbuck yang bertugas memberi tunjuk ajar mengenai perbezaan gred biji kopi dan jenis kopi untuk dicuba. Mereka turut menunjukkan cara penyediaan kopi dan menghirup kopi dengan betul. Selain itu, mereka turut memberitahu menu-menu di Starbuck akan bertukar hampir dua bulan sekali mengikut empat musim. Sesi ini diadakan selama satu jam dan perkongsian ini walaupun ringkas namun menarik.

1 9 10 11 12

Search

+