Pertandingan Sukan Rakyat


Rakaman lensa Program ‘M Untuk Meow’ sempena Sambutan Hari Kucing Sedunia anjuran Jabatan Komunikasi Korporat dan Khidmat Pelanggan (JKKKP) telah diadakan pada 17 Ogos 2023 bertempat di Dewan Serbaguna 1, Bangunan Blok Tambahan, Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM).
Program ini diadakan bertujuan untuk berkongsi kepada warga UKM khususnya kepada pencinta dan pemilik kucing mengenai penjagaan dan pemakanan kucing. Sesi perkongsian mengenai asas penjagaan kucing telah disampaikan oleh Dr. Muhammad Naim Md Kasim, doktor veterinar dari Kitty’s Care. Manakala, Dr. Ayesha Shafinaz Azlan, Scientific Communication Manager, Royal Canin Malaysia berkongsi tentang pemakanan kucing.
Royal Canin turut menyediakan ‘doorgift’ kepada warga UKM yang hadir ke program tersebut. Program yang berlangsung selama 2 jam ini telah menerima sambutan yang meriah terutamanya penglibatan warga dalam kuiz (kahoot). Tahniah diucapkan kepada para pemenang. Terima kasih juga kepada Warong Bistro di atas sumbangan juadah ringan untuk para peserta program ini.

CHERAS, 7 Jun 2023 – Ceramah Motivasi bertajuk “Erti Sebuah Pengorbanan” yang disampaikan oleh Penceramah Jemputan Tuan Syamsul Debat bersempena Sambutan Hari Raya Aidiladha 1444H telah diadakan di Galeri Kompleks Pendidikan Perubatan Canselor Tuanku Ja’afar secara sederhana tetapi bermakna buat warga HCTM. Program kerohanian anjuran Jabatan Komunikasi Korporat dan Khidmat Pelanggan telah diadakan bagi menyampaikan ilmu pengetahuan, memberi pemahaman, dan menghayati erti pengorbanan sebenar. Topik yang disampaikan amat bertepatan dengan Sambutan Hari Raya Aidiladha yang bakal menjelang dan penceramah bijak menggunakan situasi di tempat kerja sebagai contoh bagi memastikan mesej dan maksud pengorbanan sampai kepada warga yang hadir.
Program amat memberansangkan apabila kehadiran fizikal kakitangan ke program mencecah had seramai 320 orang warga HCTM dan 300 penonton di saluran youtube HCTM TV. Program dimeriahkan dengan kehadiran Profesor Madya Dr. Hanita Othman, Timbalan Pengarah (Perkhidmatan Diagnostik, Farmasi & Sokongan), Dr. Zairul Azwan Mohd Azman, Timbalan Pengarah (Perkhidmatan Perubatan), Ketua-ketua Jabatan, dan Warga HCTM.
Orang awam dan warga HCTM UKM boleh menonton tayangan program di saluran Youtube HCTM : https://www.youtube.com/watch?v=1PAt-QgA3Oc&t=4465s

Jualan Cinnamon Rolls dari Homebaker At Clover bersempena bulan menyambut Hari Jururawat Sedunia 2023 telah diadakan pada 30 Mei 2023 bertempat di Lobi Pelawat, HCTM. Jualan ini diadakan untuk menyuntik semangat kepada warga HCTM khususnya jururawat yang bertugas memberikan perawatan terbaik kepada pesakit.
Lawatan kerja Jabatan Komunikasi Korporat dan Khidmat Pelanggan ke Jabatan Komunikasi UiTM Shah Alam dan Avisena Specialist Hospital telah diadakan pada 7 Mac 2023 (Selasa). Lawatan ini bertujuan untuk melihat sendiri skop proses kerja komunikasi korporat di UiTM Shah Alam dan pengurusan pelanggan di Hospital Pakar Avisena. Seramai 20 orang kakitangan daripada tiga unit telah menyertai lawatan kerja ini.
Adalah dimaklumkan bahawa Puan Nur Umairah Patricia Abdullah dan Cik Suriyati Sulaiman telah menerima pujian dan penghargaan daripada pelawat yang bernama Puan Lai Shwu Fen atas penyampaian perkhidmatan terbaik. JKKKP mengucapkan ribuan terima kasih dan tahniah kepada kakitangan berkenaan di atas dedikasi anda dalam menjalankan tugas sekaligus meningkatkan imej hospital melalui tagline Better, Faster, Friendlier.
Adalah dimaklumkan Garis Panduan Penggunaan Logo Rasmi Hospital Canselor Tuanku Muhriz UKM telah dikeluarkan pada hari ini melalui Pekeliling Pejabat Pengarah Bil.18/2022 : Garis Panduan Penggunaan Logo Rasmi Hospital Canselor Tuanku Muhriz UKM.
Warga HCTM boleh mendapatkan Garis Panduan Pengguaan Logo HCTM dan Logo HCTM melalui pautan di bawah:-
Adalah dimaklumkan bahawa Puan Nur Umairah Patricia Abdullah telah menerima pujian dan penghargaan daripada pelawat yang bernama Puan Nurain Yusran atas penyampaian perkhidmatan terbaik. JKKKP mengucapkan ribuan terima kasih dan tahniah kepada kakitangan berkenaan di atas dedikasi anda dalam menjalankan tugas sekaligus meningkatkan imej hospital melalui tagline Better, Faster, Friendlier.
Adalah dimaklumkan bahawa Encik Muhammad Nazin Muhammad Nazari telah menerima pujian dan penghargaan daripada pesakit dan penjaganya yang bernama Puan Hafsah Ahmad atas penyampaian perkhidmatan terbaik. JKKKP mengucapkan ribuan terima kasih dan tahniah kepada kakitangan berkenaan di atas dedikasi anda dalam menjalankan tugas sekaligus meningkatkan imej hospital melalui tagline Better, Faster, Friendlier.
Bersempena Hari Kebangsaan yang akan disambut pada 31 Ogos 2022, Jabatan Komunikasi Korporat & Khidmat Pelanggan menganjurkan Pertandingan Dekorasi Makanan Sempena Meraikan Hari Kemerdekaan ke – 65 Tahun akan diadakan mengikut ketetapan berikut :
Tarikh : 25 Ogos 2022 (Khamis)
Masa : Jam 3.00 petang
Tempat : Galeri Kompleks Pendidikan Perubatan Canselor Tuanku Ja’afar, UKM
Tema : Masakan Keluarga Malaysia, Keluarga Bahagia.
Kakitangan yang berminat perlu mengisi Borang Penyertaan seperti yang dilampirkan dan kembalikan borang penyertaan selewat-lewatnya pada 23 Ogos 2022. Sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi Unit Pengurusan Acara, Jabatan Komunikasi Korporat dan Khidmat Pelanggan, HCTM, di talian 03-9145 5058 / 5057.