Batu Karang
Dr. Dr Fam Xeng Inn
1. Boleh doktor terangkan latar belakang sakit batu karang?
Batu karang terbentuk melalui proses pemendakan dan penghabluran mineral dan konstituen kencing. Mineral dan konstituen dalam air kencing terkumpul bersama dan menjadi titik pemendakan apabila air kencing dalam kepekatan yang tinggi. Titik pemendakan ini merupakan tumpuan mineral dan konstituen untuk memendak and menghablur berterusan, and akhirnya batu karang yerjadi. Secara saintifik, batu karang dinamakan mengikut garam mineral yang terkandung dalam batu karang. Contoh-contoh batu karang ialah batu kalsium oxalate, batu kalsium fosfat, batu asid urik, batu magnasium amonium fosfak, batu cystein dan sebagainya. Batu yang paling biasa terjadi ialah batu kalsium oxalate.
2. Bagaimana seseorang boleh diserang penyakit ini? Apakah punca seseorang boleh diserang?
Batu karang berlainan terjadi dengan sebab berlainan.
Sebab yang paling biasa batu karang terjadi ialah kekurangan minum air and terlebih makanan masin yang mengandungi sodium tinggi. Apabila seseorang kurang minum air, air kencing akan menjadi pekat dan membolehkan proses pemendakan dan penghabluran mineral dan konstituen kencing bermula, justeru membentuk batu karang.
Makan makanan masin yang berlebihan kandungan sodium akan menyebabkan peningkatan kandungan sodium dalam darah. Kandungan tinggi sodium dalam darah akan menyebabkan pengeluaran kalsium berlebihan dalam air kencing dimana kalsium merupakan garam mineral yang penting dalam pembentukan batu karang.
Makanan yang meningkatkan beban asik pinggang (potential renal acid load) akan menyebabkan penyakit batu karang juga.
Selain itu. batu karang magnesium ammonium fosfat terbentuk melalui jangkitan kuman kencing. Batu karang asid urik terbentuk dalam pesakit yang menghidapi penyakit gout.
3. Secara statistik, bagaimanakah peratusan penghidap penyakit ini di Malaysia mengikut umur, jantina, latar etnik serta profesion (jika ada)?
Prevalen penyakit batu karang di Malaysia adalah 10-15%, dengan nisbah lelaki: perempuan 2:1. Penyakit batu karang boleh terjadi pada golongan semua peringkat umur, manakala golongan umur 35 hingga 45 tahun menghadapi risiko yang paling tinggi diserang penyakit batu karang.
4. Apakah simptom awal bahawa seseorang itu terdedah kepada sakit ini?
Biasanya batu karang kecil dalam buah pinggang tidak memberi apa-apa symptom. Kita memanggil batu karang ini ‘ silent stone’. Batu karang ini biasanya ditemui semasa pemeriksaan ultrasound. Apabila batu karang semakin membesar, pesakit akan rasa sakit belakang di sebelah kiri atau kanan. Sesetengah pesakit megalami kencing darah. Jika batu karang beralih dan tersekat di salur kencing (ureter), pesakit akan mengalami kesakitan yang sangat kuat. Kesakitan yang kuat disebabkan penguncupan salur kencing untuk mengeluarkan batu karang tersebut.
5. Jika diukur melalui skala 1 sehingga 10 (di mana 10 paling bahaya), pada skala berapakah bahayanya sakit ini? Nota: Soalan ini berkisar kepada tahap kesakitan yang dialami, serta potensi untuk individu diserang penyakit ini untuk maut.
Apabila batu karang tersekat di salur kencing, tahap kesakitan yang dialami adalah 10. Tahap kesakitan yang dialami oleh pesakit untuk batu karang berada di buah pinggang adalah 3-5
Batu karang yang tersekat di salur kencing akan menjadi berbahaya jika pesakit tidak atau terlewat mendapatkan rawatan. Batu karang salur kencing akan menyebabkan kesumbatan aliran kencing, air kencing terkumpul di buah pinggang biasanya akan dijangkit kuman dan boleh menjadi nanah. Kuman dari kencing akan memasuki darah dan menyebabkan sepsis. Jangkitan kuman yang tenat boleh menyebabkan maut kepada pesakit.
Sesetengah batu karang di buah pinggang juga boleh menyebabkan jangkitan kuman kepada pesakit jika dibiarkan. Batu karang besar di buah pinggang boleh menghakis daging buah pinggang dan mengakibatkan buah pinggang tersebut tidak berfungsi pada jangka masa panjang.
6. Bilakah waktu yang tepat untuk individu yang disyaki diserang sakit ini untuk bertemu doktor atau pengamal perubatan?
Pesakit perlu berjumpa dengan doktor apabila mereka mengalami simptom batu karang, seperti kesakitan belakang di bahagian kanan atau kiri, atau kencing berdarah.
7. Apakah kaedah rawatan konvensional yang boleh memulihkan penyakit ini?
Batu karang yang lebih kecil daripada 5mm, mempunyai kebarangkalian yang tinggi untuk mengalir keluar dari badan bersama kencing. Pesakit hanya perlu minum air yang lebih untuk menghasilkan air kencing bagi mengeluarkan batu karang yang kecil. Kebarangkalian untuk batu karang dikeluarkan bersama kencing akan berkurangan dengan saiz batu yang semakin besar. Batu karang melebihi 1cm biasanya tidak dapat mengalir keluar bersama kencing.
Batu karang asid urik boleh diairkan dengan meninggi pH kencing.
Selain ini, tidak ada rawatan konvensional yang boleh memulihkan penyakit batu karang.
8. Apakah tips kepada masyarakat untuk pastikan mereka bebas dari penyakit ini?
Minum air yang mencukupi setiap hari, 2L air setiap hari
Kurangkan makanan masin
Kurangkan makan daging , keju dan telur kuning yag boleh meningkatkan beban asik pinggang (potential renal acid load).
Lebihkan makan buah-buahan dan sayur-sayuran
Kurangkan makanan yang mengandungi oxalat yang tinggi seperti spinach, hati, kacang, strawberry,chocolate.
