Pengenalan

Pusat Pemberian Vaksin HCTM (PPV HCTM) telah memulakan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Fasa 1 pada 1 Mac 2021 bertempat di Aras 1, Bilik Siswazah Jabatan Anestesiologi dan Rawatan Intensif. Pusat ini kemudiannya berpindah ke ruang yang lebih selesa di Galeri Blok Pendidikan. Penerima vaksin Fasa 1 terdiri daripada petugas barisan hadapan yang merangkumi petugas kesihatan kerajaan dan swasta, kakitangan bertugas di perkhidmatan penting (essential) dan kakitangan pertahanan.

PPV HCTM mempunyai empat stesen utama yang perlu dilalui oleh setiap penerima vaksin. Stesen tersebut ialah stesen saringan gejala dan semakan suhu badan, stesen pendaftaran dan konsultasi, stesen suntikan vaksin Covid-19, dan stesen Myvas/ pemerhatian.

Pada 18 Mei 2021, PPV HCTM sekali lagi berpindah lokasi ke Aras G, Blok Klinikal untuk meneruskan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Fasa 2. Golongan penerima vaksin Fasa 2 merupakan warga emas berumur 60 tahun ke atas, pesakit berisiko tinggi yang mengalami penyakit kronik seperti penyakit jantung, obesiti, diabetes dan tekanan darah tinggi dan orang kelainan upaya (OKU). Program imunisasi ini berjalan lancar berikutan lokasi yang strategik berdekatan dengan Lobi Utama HCTM.

Setelah hampir sebulan beroperasi di Blok Klinikal HCTM, CITF Kebangsaan telah meluluskan PPV HCTM untuk beroperasi secara pandu-lalu mulai 14 Jun 2021 dan juga menggerakkan PPV HCTM Bergerak. PPV HCTM merupakan PPV yang kedua menyediakan khidmat pemberian vaksin secara pandu lalu.

Masa Operasi

Isnin-Jumaat : 8.30 pagi – 5.00 petang

Sabtu, Ahad dan Cuti Umum – Tutup

 

Lokasi

Aras G, Kompleks Pendidikan Perubatan Canselor Tuanku Jaafar, HCTM

 

Peta Googlemap

Aras G, Kompleks Pendidikan Perubatan Canselor Tuanku Jaafar, HCTM

Prosedur Vaksinasi

Sebelum hadir ke PPV

    1. Menerima notifikasi janji temu vaksinasi di aplikasi MySejahtera.
    2. Membawa Kad Pengenalan.
    3. Membawa telefon bimbit yang mempunyai butiran maklumat di aplikasi MySejahtera.
    4. Bawa pen untuk mengisi borang yang disediakan.
    5. Digalakkan memakai pakaian yang berlengan pendek atau berlengan panjang yang longgar dan mudah dilipat hingga ke bahu.
    6. Dilarang membawa haiwan peliharaan.

 

Ketika Hadir ke PPV

    1. Mengimbas kod QR lokasi menggunakan aplikasi MySejahtera dan melakukan semakan suhu.
    2. Ikuti tanda arah dan arahan daripada kakitangan bertugas.

 

Stesen Saringan

    1. Pastikan lorong yang betul sewaktu memasuki Bangunan Parkir Bertingkat HPKK. Lorong untuk penerima dos pertama dan penerima dos kedua adalah berbeza.
    2. Penerima dos pertama perlu mengisi Borang Persetujuan Suntikan Vaksin Covid-19 yang mempunyai 2 helaian kertas. Isikan maklumat dengan lengkap termasuk sejarah kesihatan.
    3. Senarai semak (check list) akan diberi dan diletakkan di cermin hadapan kereta.

 

Stesen Pendaftaran

    1. Lokasi stesen ini di Aras 1 Bangunan Parkir Bertingkat.
    2. Mengimbas Kod QR PPV dan semakan maklumat peribadi untuk Pendaftaran.
    3. Konsultasi oleh doktor bertugas mengenai kesusaian vaksin dan kesan sampingan yang boleh berlaku selepas menerima vaksin dan menandatangani borang persetujuan dihadapan petugas kesihatan.

 

Stesen Vaksinasi

    1. Sila buka tingkap dan matikan enjin kereta.
    2. Proses pemberian vaksin adalah mengikut SOP yang ditetapkan.
    3. Suntikan akan diberikan pada lengan kanan atau kiri anda oleh petugas kesihatan yang terlatih.
    4. Setelah menerima vaksin, penerima dikehendaki mengimbas kod bar vaksin seperti yang diarahkan oleh pertugas kesihatan.

 

Stesen MyVAS/ Pemerhatian

    1. Maklumat penerima vaksin akan dilengkapkan ke dalam sistem MyVAS. Penerima akan diberikan Kad Vaksinasi dengan maklumat lengkap berkaitan tarikh terima, nombor batch dan tarikh luput vaksin serta nama pusat penerimaan vaksin.
    2. Setelah menerima kad dan status vaksinasi di aplikasi MySejahtera dikemaskini, penerima dikehendaki menunggu di zon ini antara 15-30 minit.
    3. Memaklumkan kepada petugas kesihatan dengan membunyikan hon kereta, pasang lampu hazard, dan pasang lampu besar sekiranya mengalami tanda-tanda berikut:
      1. Kesukaran bernafas
      2. Pembengkakan muka, bibir dan tekak
      3. Denyutan jantung yang sangat cepat
      4. Ruam teruk timbul di seluruh badan
      5. Berasa pening dan lemah tubuh badan
    4. Setelah selesai, penerima boleh pulang dan terus memantau kesan sampingan vaksin di rumah.

 

Lain-lain maklumat

    1. Jika terdapat kesan sampingan yang serius, kemaskini simptom di aplikasi MySejahtera atau segera rujuk ke klinik terdekat jika mengalami gejala yang membimbangkan.
    2. Penerima Dos Pertama dikehendaki merujuk aplikasi MySejahtera untuk maklumat janji temu yang seterusnya.
    3. Penerima Dos Kedua perlu memastikan maklumat adalah tepat di Sijil Vaksinasi Digital di aplikasi MySejahtera.

 

Statistik Vaksinasi Minggu Ini

Galeri (foto dan video)

Soalan Lazim

Bolehkah saya membuat appointment untuk mendapatkan vaksin di PPV Pandu Lalu HCTM?

Pemberian temujanji di PPV Pandu Lalu HCTM adalah berdasarkan rujukan daripada PPV awam, hospital kerajaan/ swasta dan klinik kerajaan/swasta kepada penerima vaksin yang berisiko mengalami kesan sampingan yang teruk.

 

Adakah PPV Pandu-Lalu HCTM menerima walk-in?
PPV Pandu-Lalu HCTM tidak lagi menerima walk-in.

 

Bolehkah saya mendapatkan vaksin tanpa menaiki kenderaan?
Boleh.

 

Apakah yang perlu dilakukan sekiranya terdapat kesilapan ejaan atau salah maklumat pada Sijil Vaksinasi Digital MySejahtera setelah menerima Dos Kedua vaksin?
Penerima perlu menghantar emel maklumat vaksinasi (Nama, No. Kad Pengenalan dan no telefon) beserta gambar ‘screen shoot’ Mysejahtera dan juga gambar kad vaksin ke Unit Vaksinasi melalui emel vaksinasi@ppukm.ukm.edu.my untuk pembetulan maklumat.

 

Saya tidak dapat hadir ke PPV Pandu-Lalu HCTM seperti pada tarikh dan masa yang ditetapkan. Bolehkah saya menukar ke tarikh dan masa yang lain?
Sekiranya tidak dapat hadir pada hari yang telah dijadualkan, mohon memaklumkan ketidakhadiran melalui aplikasi MySejahtera. Tarikh baharu yang akan diberikan adalah bergantung kepada kekosongan slot.

Maklumat berhubung

Sebarang pertanyaan/ permasalahan berkenaan vaksinasi di PPV Pandu Lalu HCTM boleh dikemukakan melalui emel vaksinasi@ppukm.ukm.edu.my