Program Sumbangan Makanan Sempena IHYA Ramadan Tahun 2025
Program Sumbangan Makanan Sempena IHYA Ramadan Tahun 2025 telah dianjurkan sebagai salah satu inisiatif kebajikan dan tanggungjawab sosial Poliklinik Warga. Program ini melibatkan pengagihan sumbangan makanan kepada golongan yang memerlukan serta kakitangan yang bertugas sepanjang bulan Ramadhan. Selain menyemarakkan semangat kebersamaan dan keprihatinan, program ini juga bertujuan memupuk nilai murni seperti sikap prihatin, berkongsi rezeki dan mempererat hubungan antara kakitangan.
